Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Homemade Boba Pearl Dan 3 Jenis Boba Milk Drink

Prep 45 minMasak 30 minJumlah 1 jam 15 minHidangan 6 gelas

Jom buat homemade boba pearl sendiri guna tepung ubi dan gula perang, kenyal-kenyal sedap. Lepas tu kita buat 3 jenis boba milk drink yang padu dan puas hati.

Homemade Boba Pearl Dan 3 Jenis Boba Milk Drink

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Boba Pearl

  • 1/3 cawan /65g brown sugar± ¼ cawan + 1 sudu besar± ¼ cawan + 1 sudu besar(1/3 cawan /65g brown sugar)
  • 1/3 cawan /80ml air1/3 cawan /80ml air
  • 1 cawan /140g tepung ubi± 1 cawan + 3 sudu besar± 1 cawan + 2 sudu besar(1 cawan /140g tepung ubi)
  • sedikit pewarna hitam (optional)sedikit pewarna hitam (optional)

Bahan Untuk Brown Sugar Syrup

  • 1 cawan /200g brown sugar (boleh kurangkan kalau tak suka manis)± ¾ cawan + 3 sudu besar± ¾ cawan + 2 sudu besar(1 cawan /200g brown sugar (boleh kurangkan kalau tak suka manis))
  • sedikit airsedikit air

Bahan Lain Untuk Boba Milk Drink

  • aisais
  • susu full creamsusu full cream
  • kopi espressokopi espresso
  • bancuhan pekat air tehbancuhan pekat air teh

Cara Buat Boba Pearl

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Boba Pearl

  1. 1
    Masukan gula dalam kuali.
  2. 2
    Tambah air dan kacau sehingga larut dan mendidih.
  3. 3
    Perlahankan api dan masukan tepung ubi sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. 4
    Pindahkan doh ke meja kemudian masukan pewarna hitam sedikit dan uli sehingga warna hitam menjadi sekata dah doh tidak melekat.
  5. 5
    Leperkan doh dan potong memanjang kemudian potong kecil-kecil dan bulatkan.
  6. 6
    Masukan boba pearl dalam air yang mendidih dah rebus selama 20 sehingga 30 minit
  7. 7
    Bila boba pearl sudah kenyal dan bertukar jadi gelap lutsinar, tapis kesemua air.

Untuk Brown Sugar Syrup

  1. 1
    Masukan brown sugar dan boba pearl dalam kuali.
  2. 2
    Tambah sedikit air dan kacau perlahan sehinga pekat brown sugar syrup.

Untuk Boba Milk

  1. 1
    Masukan boba pearl dalam cawan.
  2. 2
    Masukan ais kemudian tuang susu.

Untuk Boba Milk Coffee

  1. 1
    Masukan boba pearl dalam cawan
  2. 2
    Masukan ais, susu dan coffee

Untuk Boba Milk Tea

  1. 1
    Masukan boba pearl dalam cawan
  2. 2
    Masukan ais, susu dan teh yang dibancuh pekat

Anggaran nutrisi

Setiap 1 gelas · resepi untuk 6 gelas

Kalori
330 kcal
Protein
5 g
Karbohidrat
65.5 g
Lemak
5.5 g
Serat:
0.5 g
Gula:
45 g
Natrium:
80 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Susu full cream tidak disukat — dianggar 150 ml setiap gelas.
  • Sirap gula perang 200 g dikira 80% sahaja masuk ke dalam minuman; bakinya tinggal dalam periuk.
  • Purata tiga jenis minuman (susu, kopi, teh) diambil sebagai satu nilai.
  • Tepung ubi 140 g menjadi mutiara boba untuk 6 gelas.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/3 cawan /65g brown sugar bersamaan berapa cawan?
± ¼ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
1 cawan /140g tepung ubi bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Taburkan tepung ubi ketika menguli untuk mengelakan boba pearl melekat.
  2. Ketika mula- mula tuang boba pearl, kacau kerap supaya tidak melekat.
  3. Tuangkan black pearl syrup di bahagian tepi untuk hasil ala-ala Xing Fu Tang.
Video
Pengenalan

Boba oh Boba..Boba milk drink, yg masih lagi menjadi kegilaan ramai.

Buat pertama kali, Che Nom nak cuba buat homemade boba pearl dan hasilkan 3 jenis minuman dari bobba pearl ni.

Kalau tgk bahan-bahan mudah je, cuma tepung ubi, gula perang, air dan pewarna hitam kalau suka.

Diterbitkan pada 7 April 202011.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru