Resepi Pengat Labu Manis
Pengat Labu Manis ni lemak manis, wangi santan dan gula melaka, memang ngam untuk minum petang. Kalau nak labu tak mudah hancur, rendam sekejap dengan air kapur dulu.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji labu
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar gula putih
- 2 helai daun pandan
- 1 mangkuk besar santan
- 1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula nisan
- 1/2 cawan sagu
- 1/2 -1 sudu kecil garam
Cara Buat Pengat Labu
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
- 2Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
- 3Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
- 4Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
- 5Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 255 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 32.5 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 16.5 g
- Natrium:
- 260 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 biji labu dianggar 600 g isi dan '1 mangkuk besar santan' 400 ml.
- Gula melaka 1/3 cawan dianggar 70 g; sagu 1/2 cawan 60 g kering.
- Garam dikira 3/4 sudu kecil (pertengahan 1/2-1 sudu kecil).
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan air bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 120g (cawan US 240ml).
- 2 sudu besar gula putih bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 25g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah.
- Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.
- Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.
Pengenalan
Pengat Labu Manis yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai menu minum petang. Boleh dimakan bersama roti ataupun biskut. Kalau di sebelah utara hidangan ni dipanggil serawa labu. Che Nom memang suka sangat makan pengat labu ni.
Bonda Che Nom selalunya akan rendam dahulu labu ni bersama air yang dicampur sedikit kapur makan seketika dan kemudian tapis sebelum dimasak. Tujuan supaya labu tak mudah hancur bila dimasak. Anda boleh cuba cara ni jika mahu.Che Nom guna santan segar untuk pengat labu ni. Anda boleh gantikan dengan santan kotak jika suka (boleh rujuk bahagian tips).
Labu sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi. Macam-macam khasiat labu kan? Nak sediakannya pengat labu ni pun mudah aja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai








