Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Ayam

Ayam Masak Lemon Rangup, Masam, Manis

Untuk kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Lemon, Chinese style. Masakan ni ringkas dan cepat untuk disediakan. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan biasanya ada kat dapur je. Rasanya nya masam2 manis dan tak pedas. Sedap sangat. 

Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus

Ayam Goreng Berempah yang diperap bersama pelbagai jenis campuran rempah, dipadankan bersama nasi lemak kukus yang lembut dan fluffy.Ada 2 bahagian utama resepi ni, pertama Che Nom akan tunjukkan cara penyediaan ayam goreng berempah, dan kedua cara untuk sediakan nasi lemak kukus.

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang yang sangat sedap rasanya. Dalam resepi ni, kita masukkan kentang yang digoreng terlebih dahulu, dengan cara ini rasa kentang lebih manis dan sedap. Kuah ayam masak kicap juga lebih pekat dan menyelerakan.

Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap

Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ni memang special sebab cara gorengannya supaya rangup iaitu goreng ayam sebanyak 2 kali. Memang betul-betul rangup hasilnya.Dalam resepi ni Che Nom share 2 jenis sos iaitu yang pertama menggunakan sos gochujang.Sos yang kedua pula ialah pilihan resepi kalau …

Ayam Masak Thai Yang Mengancam Sedapnya

Ayam Masak Thai versi Che Nom yang mudah disediakan, rasanya sangat sedap dengan gabungan cili dan kunyit segar, aroma dari daun limau purut dan serai…ditambah pulak dengan perahan jus limau nipis sebagai pelengkap rasa. Masakan ni memang wajib guna cili segar, barulah mengancam rasanya…Kuahnya masam-masam pedas, memang sangat berselera kalau …

Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap

Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, juga dipercayai hasil dari pengaruh masakan India Cuma cara orang Melayu masak lain sikit lah. Ianya sangat berempah, tetapi warnanya agak pudar kerana tidak mempunyai serbuk cili di dalam campuran rempahnya. …

Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan

Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.Untuk resepi ni Che Nom gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng, tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis, …

Ayam Masak Kicap Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.Untuk resepi kali ini Che Nom letak cili kisar dan juga cili …

Kari Ayam Istimewa

Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi kari ayam yang sangat sedap jika di makan bersama roti jala ataupun pulut kuning. Apa yang istimewa ialah kari ayam ni kuahnya pekat dan wangi kerana kita masukkan santan pekat bersama sedikit kerisik. Boleh lebihkan kerisik di dalam kuah jika anda suka. Cuma …

Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Sedap juga jika dimakan bersama nasi putih yang panas begitu sahaja. Apa yang paling istimewa tentang resepi ini ialah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng. Lagi banyak serai, lagi …

Rendang Ayam Sedap

Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini. Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Di …

Ayam Kapitan

Resepi Ayam Kapitan dari chef terkemuka negara iaitu Chef Wan. Pada mulanya bila tengok resepi tersebut rasa macam biasa aja sebab bahan-bahan yang digunakan agak lebih kurang sama dengan rendang tetapi apa yang menarik adalah terletak kepada bahan kisar yang dimasukkan bersama daun limau purut. Oleh kerana resepi ini adalah …

More