ResepiCheNom
Ayam Kung Pao Special
Ayam

Resepi Ayam Kung Pao Special

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 minHidangan 5 orang

Ayam Kung Pao versi upgrade ala Che Nom, pedas cili kering dengan rasa lemak manis kacang/gajus dan sos soya. Simple tapi padu, sedap makan dengan nasi panas.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Perapan Ayam

  • 400g atau 2 keping isi ayam400g atau 2 keping isi ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap cair2 sudu besar kicap cair

Bahan Untuk Sos

  • 2 sudu besar kicap manis2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair2 sudu besar kicap cair
  • ½ sudu besar minyak bijan½ sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula1 sudu besar gula
  • 3-4 sudu besar air3-4 sudu besar air

Bahan Untuk Lain-Lain

  • 1 senduk minyak masak1 senduk minyak masak
  • ½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah
  • 6-7 tangkai cili kering6-7 tangkai cili kering
  • 3-4 ulas bawang putih3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • capsicumcapsicum
  • ¼ biji bawang holland atau bawang merah¼ biji bawang holland atau bawang merah
  • daun bawangdaun bawang

Cara Buat Ayam Kung Pao

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Ayam Kung Pao

  1. 1
    Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Potong ayam dalam bentuk kiub lalu gaul rata tepung jagung dan kicap cair.
  3. 3
    Perap seketika ayam tersebut.
  4. 4
    Pada bekas asing, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air lalu kacau kesemua bahan hingga sekata.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan lalu angkat.
  6. 6
    Goreng cili kering dan masukkan isi ayam sehingga ayam kelihatan keperangan.
  7. 7
    Masukkan hirisan bawang putih dan halia, lalu gaul sehingga naik bau.
  8. 8
    Sesudah itu, masukkan lada benggala, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland dan gajus.
  9. 9
    Tambah garam jika perlu.
  10. 10
    Masukkan daun bawang dan sambung sehingga masak.
  11. 11
    Kemudian, ayam kung pao siap dan boleh dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Masak ayam diatas api yang besar dan kacau dengan cepat supaya ayam kung pao menjadi lebih ‘juicy’, lembut’ dan masak sempurna.
Video
Pengenalan

Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini tak sama macam versi klasik sebab Che Nom ada tambah dan tukar dengan beberapa bahan yang Che Nom suka tapi masih lagi kekalkan konsep asas masakan ni.

Resepi kali ni pun adalah resepi upgrade dari versi yang lepas Ayam kung pao ini kalau untuk tekak melayu, memang kena sangat rasanya sebab ada rasa pedas dari cili kering dan rasa lemak-lemak manis dari kacang atau gajus dan sos soya.

Cukup simple dan sedap kalau makan dengan nasi panas saja.

Diterbitkan pada 8 April 202133.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru