ResepiCheNom
Ayam Masak Madu Ala Mamak Che Nom
Ayam

Resepi Ayam Masak Madu Ala Mamak Che Nom

Prep 25 minMasak 30 minJumlah 55 minHidangan 10 orang

Ayam Masak Madu ala mamak ni berkuah pekat, manis madu dengan rasa bawang dan tomato sup yang padu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • Sedikit airSedikit air
  • 2-3 biji bawang besar2-3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 15-20 tangkai cili kering15-20 tangkai cili kering

Bahan Untuk Lain

  • 1 ekor ayam1 ekor ayam
  • Minyak masakMinyak masak
  • 1-2 sudu kecil garam1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2-3 biji bawang merah kecil2-3 biji bawang merah kecil
  • 1/2 biji bawang merah1/2 biji bawang merah
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 6 biji pelaga, 4 cengkih)Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 6 biji pelaga, 4 cengkih)
  • 1/2 tin tomato sup1/2 tin tomato sup
  • 1/2 cawan sos cili1/2 cawan sos cili
  • 3 sudu besar madu3 sudu besar madu
  • Air untuk lebih berkuahAir untuk lebih berkuah
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Tambah perasa (jika suka)Tambah perasa (jika suka)
  • Daun supDaun sup
  • 3-4 sudu besar madu (taburan akhir)3-4 sudu besar madu (taburan akhir)

Cara Buat Ayam Masak Madu Ala Mamak

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ayam

  1. 1
    Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  3. 3
    Angkat dah ketepikan.

Untuk Kuah

  1. 1
    Masukkan ayam goreng dan gaul bersalut sekata.
  2. 2
    Gunting cili kering dan rebus dengan air sehingga mendidih kemudian bilas dan buang biji (boleh juga rendam dalam air panas).
  3. 3
    Hiris nipis halia, bawang putih, bawang merah kecil dan bawang merah besar.
  4. 4
    Daun pandan carik dan simpul.
  5. 5
    Potong kasar bawang besar, bawang putih, lengkuas, bawang holland.
  6. 6
    Kisar halus bahan potong kasar, cili kering rebus dan air.
  7. 7
    Panaskan minyak kemudian tumis hirisan halia, bawang, daun pandan dan daun kari.
  8. 8
    Masuk rempah 4 sekawan.
  9. 9
    Masuk bahan kisar halus dan tumis sampai pecah minyak anggaran 15 minit.
  10. 10
    Masukkan tomato sup, sos cili dan kacau sebati.
  11. 11
    Masukkan madu, garam, perasa (jika suka) dan air (untuk lebih berkuah).
  12. 12
    Reneh api pelahan 5-10 minit.
  13. 13
    Tabur daun sup, tutup api dan masukkan lagi madu (taburan terakhir).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Lebihkan air supaya lebih cair, sedap dan berkuah.
Video
Pengenalan

Untuk masakan lauk pauk kali ni, Che Nom nak share satu resepi oleh Puan Ieda Hamzah dari posting group MAHN. Terima kasih banyak-banyak. Bila ternampak ada yang murah hati share dan memang Che Nom pun tercari-cari resepi Ayam Masak Madu versi berkuah macam ni dan terus lah cuba, hasilnya memang tak mengecewakan, sedap. Kuah madu nya lebih kurang sama macam restoran mamak tapi keseluruhan rasa ada juga seakan ayam masak merah. Jadi keduanya macam gabungan style mamak dan masakan ayam masak merah style melayu, ha boleh bayang tak?.

Apa yang special untuk kuah nya kita gunakan banyak bawang, sama ada tumis atau pun kisar, jadi kuah tu lebih pekat dan ada rasa dari tomato sup. Tomato sup ni biasa org guna buat nasi tomato juga,rasa masam berlemak sikit, tak lah masam macam tomato puri. Dan manis tu sangat sedap bila kita gunakan madu.

Che Nom mmg tak tambah gula biasa lagi dah.bila ayam menyerap segala rasa dari kuah madu tu memang terbaik. Ayam Masak Madu ni sangat sesuai untuk dijadikan menu kenduri atau menu catering.

Diterbitkan pada 29 Disember 202139.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru