Wholemeal French Loaf

Resepi Wholemeal French Loaf

Bahan-bahan:

  • 180ml air suam
  • 250g tepung wholemeal
  • 160g tepung roti
  • 1/4 cup fresh cream @plain yoghurt
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca besar mentega
  • 3 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yis

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan air suam, fresh cream, gula halus dan instant yis. Kacau sebati.Biarkan seketika sehingga berbuih. (jika tidak berbuih, ulang langkah 1 sekali lagi)
  2. Dalam mangkuk besar satukan tepung wholemeal, tepung roti, susu tepung dan garam.Kacau sebati.
  3. Tuangkan bahan no.1 ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut bersama mentega selama 15-20 minit.
  4. Rehatkan sehingga adunan naik dua kali ganda.
  5. Keluarkan dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.Uli selama 10-15 minit lagi.
  6. Buatkan bentuk french loaf (adunan ini sesuai untuk menghasilkan 3 roti fresh loaf).Biarkansehingga doh naikdan bakar dalam oven selama 20-25minit, 180 C.
  7. Keluarkan dan sejukkan.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.