ResepiCheNom
Tauhu Telur Masak Sayur Campur

Resepi Tauhu Telur Masak Sayur Campur

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 min

Resepi tauhu telur masak sayur campur ala Chinese style, kuah pekat dengan tali-tali telur yang senang jadi.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 cili merah1 cili merah
  • 3 tangkai cili padi3 tangkai cili padi
  • 2 bungkus tauhu telur2 bungkus tauhu telur
  • 1-2 sb tepung jagung1-2 sb tepung jagung
  • 1/4 cwn air1/4 cwn air
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 2 sb air2 sb air
  • Tepung jagung (salutan tauhu)Tepung jagung (salutan tauhu)
  • 3 sb minyak masak3 sb minyak masak
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • Daun bawangDaun bawang
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • Lobak merahLobak merah
  • 3 cawan air3 cawan air
  • Cendawan shitakeCendawan shitake
  • ATAU cendawan shimejiATAU cendawan shimeji
  • 1-2 sk serbuk lada hitam/putih1-2 sk serbuk lada hitam/putih
  • Air tepung jagungAir tepung jagung
  • 1/2 kiub pati ayam1/2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • BrokoliBrokoli

Cara Buat Tauhu Telur Masak Sayur Campur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong tauhu telur tebal anggaran 1 ½cm dan ketepikan
  2. 2
    Potong brokoli. Kalau nak tukar sayur lain pon boleh macam sayur sawi ke, ikutlah sayur yang anda suka.
  3. 3
    Lobak merah kupas kulit dan potong mancis.
  4. 4
    Bawang putih cincang kasar.
  5. 5
    Cili padi dan cili merah hiris nipis.
  6. 6
    Cendawan bilas bersih dan lap kering. Untuk cendawan Che Nom guna cendawan shitake, kalau nak tukar dengan cendawan shimeji pon boleh.
  7. 7
    Cendawan shitake hiris tebal-tebal (barulah sedap makan kenyal-kenyal).
  8. 8
    Daun bawang asingkan batang (untuk tumisan) dan daun (untuk taburan) kemudian potong kasar kedua-dua bahagian.
  9. 9
    Bancuh tepung jagung anggaran 1-2 sb tepung dan 1/4 cawan air masak.
  10. 10
    Pecahkan telur kemudian tambah sedikit air (supaya telur cair jadi senang nak tuang masuk dalam kuah nanti). Pukul sebati dan ketepikan.
  11. 11
    Salut tauhu telur dengan tepung jagung.
  12. 12
    Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sampai perang kekuningan.
  13. 13
    Angkat tauhu dan ketepikan.
  14. 14
    Dalam kuali yang berasinggan masukkan minyak masak.
  15. 15
    Masukkan bawang putih dan tumis sampai bawang kekuningan.
  16. 16
    Masukkan daun bawang (bahagian batang / putih) dan kacau sampai layu.
  17. 17
    Masukkan sos tiram dan carrot. Kacau dalam 10-15 saat dan terus masukkan air.
  18. 18
    Masukkan cendawan shitake (kalau guna cendawan lain boleh masuk lambat sikit sebab yang lain cepat masak) dan serbuk lada putih.
  19. 19
    Masak sampai kuah mendidih.
  20. 20
    Masukkan air tepung jagung (tuang sikit-sikit, agak-agak sampai dapat kepekatan kuah yang kita nak).
  21. 21
    Masukkan kiub pati ayam dan garam. Kacau sebati.
  22. 22
    Tuang masuk telur dengan cara tarik tinggi-tinggi dan tuang sikit-sikit sambil sebelah tangan kacau perlahan-lahan (Teknik egg drop).
  23. 23
    Campak masuk brokoli, cili dan daun bawang.
  24. 24
    Akhir sekali masukkan tauhu telur yang kita goreng tadi.
  25. 25
    Tuang dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tauhu telur sangan lembut, hati-hati masa nak keluarkan tauhu telur dari plastic jangan ganas takut hancur.
  • Pastikan salut tauhu telur dengan tepung jagung masa dekat-dekat nak goreng.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak masak hidangan yang cukup simple, tapi menarik sangat cara nak sediakannya iaitu tauhu telur masak sup sayur pekat Chinese style. Che Nom olah sedikit biar kena dengan selera sendiri. Bahan utama, tauhu telur yang lembut dan creamy.

Kita goreng dulu tauhu sampai garing di luar kemudian masuk ke dalam kuah pekat dan ada tali-tali halus hasil dari telur yang kita masak bersama kuah. Ada petua nak hasilkan tali-tali telur dengan mudah.

Secara keseluruhannya hidangan ni sangat lah seimbang dengan protein, serat dan vitamin dari sayur. Cendawan pon untuk tambah rasa umami jadikan lebih sedap.

Diterbitkan pada 7 Februari 202379.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru