ResepiCheNom
Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai
Ayam

Resepi Paprik Ayam Restoran Tomyam Thai

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 4 orang

Ayam Masak Paprik ala kedai tomyam Thai yang pedas, mantap dan penuh sayur, sekali masak terus jadi lauk lengkap. Rahsia sedapnya pada satu bahan penting yang buat kuah lagi padu.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1-2 sudu besar cili kisar1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 ketul isi ayam (dada)2 ketul isi ayam (dada)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2-3 sudu besar sos cili2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes cili Thai1 sudu besar pes cili Thai
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan1 sudu besar sos ikan
  • ½ batang lobak merah½ batang lobak merah
  • 1 sudu besar kicap manis1 sudu besar kicap manis
  • 2 helai daun limau purut2 helai daun limau purut
  • Sedikit airSedikit air
  • 4-6 tangkai cili padi4-6 tangkai cili padi
  • 3-4 putik jagung3-4 putik jagung
  • Bunga kobisBunga kobis
  • Kacang panjangKacang panjang
  • ½ biji bawang holland½ biji bawang holland
  • Limau nipisLimau nipis

Cara Buat Paprik Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Potong Paprik

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih, hiris nipis halia dan bawang holland, titik/ ketuk halia sampai pecah.
  2. 2
    Untuk sayur, carrot hiris menyerong, baby corn belah dua, kobis bunga potong kecil, kacang panjang potong 2 inci panjang dan cili padi buang tangkai dan belah hujung.
  3. 3
    Isi ayam potong kepada kiub kecil.

Untuk Masak Paprik

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai
  2. 2
    Masukkan cili kisar dan kacau sampai garing.
  3. 3
    Masukkan isi ayam dan serbuk lada putih kemudian kacau sampai separuh masak.
  4. 4
    Masukkan sos cili, pes cili thai / pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
  5. 5
    Masukkan carrot, kicap manis dan daun limau purut (carik dan buang tangkai)
  6. 6
    Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan cili padi, baby corn, bunga kobis, minyak cili thai, sayur kacang panjang dan bawang holland.
  7. 7
    Akhir sekali tambah sos ikan (untuk penambah rasa sebab Che Nom tak masukkan garam), perahan limau nipis dan cepat – cepat tutup api
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh tukar Pes cili thai dengan Pes Tomyum.
  • Masuk kacang panjang dan bawang holland waktu akhir supaya sayur masih ada rasa ranggup.
  • Che Nom tak masukkan garam dalam paprika, adjust masin dengan sos ikan sahaja.
Video
Pengenalan

Kali ni jom kita tengok resepi Ayam Masak Paprik ala kedai tomyam yang pedas dan mantap. Lama dulu Che Nom dah pernah share resepi ayam masak paprik, ni kira versi video baru, kualiti yang lebih bagus, kira versi upgrade dengan tambahan resepi sambal belacan yang bisa kita makan di restoran selatan Thai.

Menu ni cukup lengkap dengan macam-macam sayur, jadi mudahlah, sekali masak aja semua sekali lauk dan sayur. Cara masakan nya tak susah sangat, cuma untuk lebih sedap perlu ada 1 bahan yang penting untuk naikkan rasa sedap ayam masak paprika baru lah mantap. Kombinasi kedua-dua nya ni, kalau makan dengan nasi putih panas, memang cukup sedap.

Diterbitkan pada 13 April 202285K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru