ResepiCheNom
Serawa Labu Istimewa Bonda

Resepi Serawa Labu Istimewa Bonda

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 min

Serawa labu versi bonda yang berkuah manis, lemak dan wangi santan. Sedap makan panas sebagai pencuci mulut, atau cara utara cicah dengan nasi.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1/2 biji labu1/2 biji labu
  • 2 atau 3 cawan santan pekat,2 atau 3 cawan santan pekat,
  • 2 cawan santan cair2 cawan santan cair480g
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 sudu besar gula putih1 sudu besar gula putih13g
  • sedikit gula melaka, anggaran satu sudu besarsedikit gula melaka, anggaran satu sudu besar

Cara Buat Serawa Labu

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Memasak

  1. 1
    Kupas kulit labu dan bersihkan.
  2. 2
    Masukkan labu dalam periuk bersama daun pandan, santan cair dan 1 sudu besar gula pasir dan gula melaka. Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut. Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.
  3. 3
    Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Anggarkan garam secukupnya supaya santan akan menghasilkan rasa lemak yang sedap.
  4. 4
    Masak di atas api perlahan sehingga kuah mendidih, tetapi harus dikacau dengan kerap supaya kuah santan tidak berketul.
  5. 5
    Apabila kuah sudah pekat sebati dan labu sudah lembut, angkat dan hidangkan.

Nilai Nutrisi (Anggaran)

Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan

Kalori
290 kcal
Protein
3.5 g
Karbohidrat
16 g
Lemak
25 g
Serat:
0.5 g
Gula:
9.5 g
Natrium:
30 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
  • Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 6 mangkuk diandaikan.
  • ½ biji labu dianggar 1 kg, 70% isi boleh dimakan.
  • Santan pekat dikira 2½ cawan (pertengahan 2-3 cawan).
  • Tiada garam dalam resepi; natrium hanya dari santan.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan santan cair bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 480g (cawan US 240ml).
1 sudu besar gula putih bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Masakan Serawa Labu ni adalah versi berkuah manis.

Boleh juga dihidangkan sebagai pencuci mulut, tetapi di sebelah utara ia juga dihidangkan bersama nasi.

Bonda Che Nom memang sukakan masak labu macam ni,kalau kat utara memang dipanggil serawa labu.

Diterbitkan pada 5 April 20157.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru