ResepiCheNom
Sambal Ayam Hijau
Ayam

Resepi Sambal Ayam Hijau

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 5 orang

Ayam sambal hijau ala Che Nom, diinspirasikan masakan Padang tapi versi mudah dapur sendiri. Pedas menyengat dengan rasa masam manis seimbang, sedap makan panas-panas.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras3 biji buah keras

Bahan Untuk Kisar Kasar

  • 6-7 biji cili hijau besar6-7 biji cili hijau besar
  • 25-30 biji cili padi hijau25-30 biji cili padi hijau

Bahan Lain

  • 1½ ekor ayam1½ ekor ayam
  • ½-1 sudu kecil garam½-1 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk kunyitsedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 3 helai daun limau purut3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam kering2 helai daun salam kering
  • ½ biji bawang besar½ biji bawang besar
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa
  • ¼ kiub pati ayam¼ kiub pati ayam
  • sedikti airsedikti air
  • perahan jus dari ½-1 biji limau nipisperahan jus dari ½-1 biji limau nipis

Cara Buat Sambal Ayam Hijau

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Ayam Sambal Hijau

  1. 1
    Cincang kesemua bahan bagi bahan kisar halus dan bahan kisar kasar.
  2. 2
    Rebus bahan kisar kasar yang telah dicincang iaitu cili hijau, dalam anggaran 3-4 minit selepas air sudah mendidih. Kemudian, tapis bahan kasar lalu masukkan ke dalam air yang bersuhu bilik.
  3. 3
    Selepas direndam sekejap di dalam air, tapis dan kisar cili hijau tersebut secara kasar.
  4. 4
    Kisarkan bahan-bahan kisar halus seperti bawang merah, bawang putih, halia dan lain-lain sekaligus.
  5. 5
    Potong sebiji bawang besar secara dadu.
  6. 6
    Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam ayam selepas dibasuh bersih lalu gaulkan sampai sekata.
  7. 7
    Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak.
  8. 8
    Selesai digoreng ayam, masukkan bahan kisar halus dan bahan-bahan lain seperti serai, daun limau dan daun salam. Masak sehingga kekuningan kesemuanya dan naik bau.
  9. 9
    Masukkan cili hijau kisar kasar serta bawang besar yang dipotong dadu.
  10. 10
    Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula agar dapat seimbangkan dengan rasa pedas cili hijau di dalam sambal.
  11. 11
    Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kesemua bahan-bahan bersalut rata.
  12. 12
    Taburkan sedikit kiub pati ayam dan sedikit air.
  13. 13
    Masak dan gaul ayam sambal hijau dalam 5-10 minit. Kemudian, tutup api.
  14. 14
    Perahkan jus limau nipis kedalam masakan dan ayam sambal hijau siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kiub pati ayam adalah pilihan untuk dimasukkan kedalam masakan.
  • Limau nipis boleh digantikan dengan asam keping. Namun, harus dimasukkan ketika sambal dimasak bukan selepas sambal siap dimasak.
Video
Pengenalan

Hi semua, kali ni tema masakan Che Nom adalah hijau…Che Nom nk masak ayam sambal hijau. Favourite ni.

Masakan ni di ilhamkan dari masakan padang, tapi bukanlah resepi original…Che Nom olah masak ikut citarasa sendiri aja, ikut mudah dapur sendiri.

Rasa ayam sambal hijau ni mestilah pedas (atau sangat pedas), masam dan manis secukup rasa. Masam dan manis tu penting tuntuk seimbangkan rasa pedas dari cili, baru lah terangkat bila makan panas-panas. Pendek kata wajib cuba lah.

Diterbitkan pada 12 April 202249.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru