ResepiCheNom
Roti Sardin Goreng

Resepi Roti Sardin Goreng

Prep 45 minMasak 20 minJumlah 1 jam 5 minHidangan orang

Roti Sardin Goreng rangup style makcik kantin, memang nostalgia zaman sekolah. Inti sambal sardin simple dan tepung salutan special turun-temurun, tak perlu air kapur.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Roti Sardin

  • 2 sb minyak masak2 sb minyak masak27g
  • 1 biji bawang merah besar1 biji bawang merah besar
  • 2 sb cili kisar2 sb cili kisar30g
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram21g
  • 1 tin besar /425g ikan sardin1 tin besar /425g ikan sardinlebih tepat dalam gram
  • 2 cili merah besar2 cili merah besar
  • 1 sk gula1 sk gula4g
  • Jus limau atau air asam jawaJus limau atau air asam jawa
  • 3 sb mayonis3 sb mayonis41g
  • 16 keping roti putih16 keping roti putih
  • MajerinMajerin

Bahan Untuk Adunan Tepung

  • 3 senduk tepung beras3 senduk tepung beras
  • 2 senduk tepung ubi2 senduk tepung ubi
  • 2 senduk tepung gandum2 senduk tepung gandum
  • 1 senduk tepung jagung1 senduk tepung jagung
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 1/2 sk serbuk kunyit1/2 sk serbuk kunyit1g
  • Air secukupnyaAir secukupnya
  • 1 sk gula1 sk gula4g
  • 1 sk gula1 sk gula4g

Cara Buat Roti Sardin Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Inti Sardin

  1. 1
    Potong dadu bawang merah besar.
  2. 2
    Cili merah buang biji dan potong kasar (kalau suka pedas boleh ganti dengan cili padi).
  3. 3
    Untuk balance kan rasa dan hilangkan hanyir, boleh perah jus limau kasturi atau air asam jawa.
  4. 4
    Keluarkan sardin dari tin kemudian asingkan kuah dan ikan.
  5. 5
    Tulang sardin Che Nom buang, kalau anda jenis tak kesah tak perlu buang.
  6. 6
    Panaskan minyak dan tumis bawang merah (tumis 1 sudu besar sahaja bawang merah, baki Che Nom masuk kemudian).
  7. 7
    Bila bawang dah layu, masukkan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  8. 8
    Tambah sikit sos tiram.
  9. 9
    Masukkan semua isi ikan sardin. Sambil masak tekan-tekan isi ikan sardin bagi hancur.
  10. 10
    Tambah kuah sardin sikit-sikit dan masak sampai jadi tersejat dan pekat.
  11. 11
    Masuk hirisan cili merah, gula, dan air asam jawa atau jus limau.
  12. 12
    Bila dah agak kering, masukkan baki bawang besar tadi. Kita tambah bawang akhir sekali sebab kita nak texture rangup-rangup bila kita makan nanti.
  13. 13
    Bila bawang dah layu, tutup api dan sejukkan.
  14. 14
    Bila inti dah sejuk, masukkan mayonis dan kacau sebati.

Untuk Roti

  1. 1
    Trim tepi roti (pilihan, boleh je kalau tak nak trim)
  2. 2
    Sapu roti dengan majerin nipis-nipis (nak guna butter pon boleh).
  3. 3
    Sapu inti sardin, nak banyak ke sikit ke boleh adjust.
  4. 4
    Lepas tutup, kita potong segi tiga.
  5. 5
    Tutup dulu dengan bekas atau kain untuk elak kering sementara kita sediakan tepung salutan.

Untuk Tepung Salutan

  1. 1
    Bila roti dah perang dan rangup boleh angkat dan toskan minyak.
  2. 2
    Sukat 3 senduk tepung beras, 2 senduk tepung ubi, 2 senduk tepung gandum dan 1 senduk tepung jagung.
  3. 3
    Masukkan garam, serbuk kunyit, air dan gula.
  4. 4
    Kacau sebati.
  5. 5
    Panaskan minyak yang agak banyak.
  6. 6
    Celup roti dalam adunan tepung dan goreng biar sekata (takut inti terkeluar nanti).
  7. 7
    Goreng dengan api sederhana biar perlahan-lahan goreng, barulah garing tahan lama.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 sb minyak masak bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 27g (cawan US 240ml).
2 sb cili kisar bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 30g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom letak kuah sardin dalam ¾ dari baki kuah tadi, nak letak semua pon boleh.
  • Untuk inti sardin Che Nom memang tak letak dah garam. Sardin dari Agromas ni dia tak rasa masin sangat, jadi bila kita masak sampai pekat kering, inti rasa elok-elok je.
  • Untuk resepi ni Che Nom dapat dari viewer, resepi arwah bonda beliau. Tepung sukat guna nisbah 3:2:2:1. Che Nom sukat dengan senduk jadi sukat dengan senduk yang sama semuanya, kalau guna cawan, guna cawan yang sama semuanya.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Pastikan adunan sederhana cair, jangan pekat sangat takut nanti roti jadi keras bila sejuk, cair sangat pun tak boleh takut melekat pulak nanti.
  • Jangan goreng roti banyak-banyak pada satu-satu masa takut suhu minyak jatuh, roti goreng akan serap minyak dan tak garing la.
Video
Pengenalan

Jom kita tengok Che Nom masak Roti Sardin Goreng rangup, style makcik kantin. Ha, siapa pernah makan dulu masa sekolah? nostalgia sangat kan.

Video ni ada dua bahagian penting, pertama cara nk masak inti sambal sardin yang dan simple, tak banyak bahan pun, sesuai sangat untuk inti sandwich, menggunakan sardin dari Agromas. Kedua, cara untuk buat tepung salutan menggunakan resepi special turun temuran yang rangup sangat hasilnya, tak perlu guna air kapur pon.

Produk Sardin Agromas boleh didapati di pasaraya seperti Aeon, Giant, Lulu Hypermarket, Hero, rangkaian pasaraya Agrobazaar dan juga di Agrobazaar Online dan Shopee. https://www.agrobazaar.com.my/

Diterbitkan pada 4 Julai 202331.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru