ResepiCheNom
Roti Puri Sambal Sardin

Resepi Roti Puri Sambal Sardin

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 12 biji

Jom buat roti puri lembut kembung tanpa yis atau telur, senang je nak jadi. Cicah pula dengan sambal sardin tumis kari siap kentang goreng, memang padu.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Sambal Sardin

  • Minyak masakMinyak masak
  • 1 biji kentang1 biji kentang
  • 1 tin besar sardin1 tin besar sardin
  • 3 biji bawang merah3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 3 sb cili kisar3 sb cili kisar45g
  • 1 sb rempah kari ikan1 sb rempah kari ikan8g
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • Air untuk lebih berkuahAir untuk lebih berkuah
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Gula secukup rasaGula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 6-8 tangkai cili padi6-8 tangkai cili padi

Bahan Untuk Roti Puri

  • 2 cwn /250g tepung gandum± 2 cawan± 1 ¾ cawan + 3 sudu besar(2 cwn /250g tepung gandum)
  • 1 sb gula1 sb gula13g
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g
  • 1 sb minyak masak1 sb minyak masak14g
  • 1 sb menimbun majerin1 sb menimbun majerin14g
  • Air secukupnyaAir secukupnya

Cara Buat Roti Puri Sambal Sardin

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Sambal Sardin

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia (kalau tak suka tergigit halia boleh masuk sekeping besar).
  2. 2
    Potong kasar tomato dan bawang besar.
  3. 3
    Kentang potong dadu untuk senang makan bila cicah dengan roti nanti.
  4. 4
    Cili padi buang tangkai saja Che Nom tak potong sebab nak letak sebiji-sebiji kalau nak lebih pedas boleh potong.
  5. 5
    Untuk sardin asingkan isi ikan sardin dan kuah.
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng kentang sampai keperangan.
  7. 7
    Bila kentang dah perang boleh angkat dan ketepikan.
  8. 8
    Keluarkan sikit minyak (tinggal minyak anggaran 1 senduk).
  9. 9
    Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sampai keperangan atau sampai naik bau.
  10. 10
    Masukkan cili kisar atau cili boh dan kacau sampai garing sikit dan warna berubah jadi lebih gelap.
  11. 11
    Masukkan serbuk kari ikan dan daun kari. Kacau sampai naik bau daun kari.
  12. 12
    Masukkan tomato, kuah sardin dan air. Kacau sebati
  13. 13
    Masukkan kentang goreng dan air asam jawa.
  14. 14
    Tambah air sikit untuk lebih berkuah.
  15. 15
    Masukkan ikan sardin, bawang besar, garam, gula dan cili padi.
  16. 16
    Masak sampai cili padi layu dan tutup api.

Untuk Roti Puri

  1. 1
    Masukkan tepung gandum, gula, garam, minyak masak dan majerin (kalau tak nak majerin boleh tambah 2 sudu besar minyak masak) dalam mangkuk adunan.
  2. 2
    Gaul kering kesemua bahan sampai berderai macam serbuk roti.
  3. 3
    Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sampai jadi doh yang lebut dan tak melekat pada tangan.
  4. 4
    Sapu sikit majerin pada permukaan doh supaya doh tak kering dan tak melekat pada mangkuk. Tutup doh dengan kain dan rehatkan 10-15 minit.
  5. 5
    Tabur sikit tepung atas papan canai dan uli sikit doh.
  6. 6
    Bahagi doh kepada 12 bahagian dan bulatkan sama besar.
  7. 7
    Leperkan menjadi bentuk bulat.
  8. 8
    Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah dileperkan tadi. Siram minyak panas atas doh supaya cepat naik dan berongga ditengah.
  9. 9
    Angkat dan toskan minyak.
  10. 10
    Hidang roti puri bersama kuah sardin.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
3 sb cili kisar bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 45g (cawan US 240ml).
1 sb rempah kari ikan bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 8g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Waktu leperkan doh, doh yang selebihnya boleh tutup dulu dengan kain untuk elak doh mengering.
  • Uli doh sederhana tebal. doh kalau uli terlalu tebal bila goreng roti susah nak naik berongga kalau uli nipis sangat takut mudah berlubang.
Video
Pengenalan

Untuk resepi kali ini Che Nom nak tunjuk dua resepi yang sangat sesuai digabungkan bersama, iaitu Roti Puri dan Sambal Sardin. Tak perlu nak perkenalkan lagi, roti puri ni makanan yang berasal dari India. Kita uli dan perap doh sekejap, kemudian bulatkan dan uli sampai jadi doh bulat nipis kemudian goreng dalam minyak yang panas.

Hasil roti puri ni kulitnya lembut dan kembung berongga di tengah. Tak perlu guna yis ataupun telur..jadi bahan-bahan pun mudah lah. Sedap sangat kalau kita cicah dengan sambal sardine mengikut resepi yang Che Nom nak kongsikan di sini. Sambal sardine ni dimasak bersama sedikit tumisan rempah kari dan juga kentang yang digoreng, lebih sedap dan manis rasanya.

Diterbitkan pada 5 Disember 202271.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru