Resepi Butter Chicken Berempah
Butter Chicken Berempah ni kuahnya lemak butter tapi tak muak sebab sarat rempah dan cili.

Bahan-bahan
Cara Buat Butter Chicken Berempah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
- 2Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
- 3Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
- 4Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
- 5Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.
- 6Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 330 kcal
- Protein
- 34 g
- Karbohidrat
- 6 g
- Lemak
- 17.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 690 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Isi dada ayam 400 g tanpa kulit.
- 'Sedikit garam' dianggar 1 sudu kecil untuk keseluruhan resepi.
- Segenggam gajus dianggar 40 g.
- Butter 3 sudu besar (~42 g) dan gajus menyumbang kebanyakan lemak.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Rempah garam masala boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Boleh juga buat sendiri dengan mengadunkan rempahnya dan kisar kering.
Video
Pengenalan
Resepi Butter Chicken Berempah, idea datang ketika Che Nom makan butter chicken di sebuah restoran dan bila balik teringin nak masak menu yang sama. Kuahnya rasa lemak butter tetapi tidak muak kerana ada banyak rempah dan cili.
Ayam diperap beberapa jam dan kemudian dibakar atau digoreng di atas kuali dan satukan bersama kuahnya.Masakan ni berasal dari Delhi, India dan sangat popular di negara barat terutamanya di UK.Sangat seimbang dari segi rasa dan cukup sedap.
Selamat Mencuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









