Ayam Ungkep
Ayam

Ayam Ungkep

Hi semua, Ayam Ungkep berasal dari Jawa, menu pilihan pada kali ni. Resepi ni hasil perkongsian dari sahabat baik Che Nom sendiri, dan resepi ini pernah dikongsikan di website resepichenom.com. Kali ini Che Nom akan share versi video pula, dan ada sedikit tambahan cara untuk hasilkan Ayam Ungkep yang lebih beraroma. Sesiapa yang suka pedas boleh cuba resepi ini sebab kita menggunakan banyak cili padi.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 4 April 2021222 paparan

Masa Penyediaan

15 minit

Masa Memasak

25 minit

Jumlah Masa

40 minit

Hidangan

5 orang

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ayam Ungkep

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 ketul kenyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 10-15 tangkai cili api hijau
  • sedikit air
  • ½ sudu besar jintan manis
  • ½ sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ ekor ayam
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan minyak masak
  • 1-2 batang serai (dititik)
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
Cara Memasak

Untuk Ayam Ungkep

  1. 1Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, bawang besar, serai diikuti dengan cili api hijau.
  2. 2Kisar halus semua bahan hiris kasar.
  3. 3Masukkan jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar lalu sangai atau goreng bahan tanpa minyak.
  4. 4Kemudian, tumbuk halus bahan yang disangai.
  5. 5Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
  6. 6Panaskan minyak lalu tumis batang serai dan bahan kisar sehingga kering, naik bau dan pecah minyak iaitu dalam anggaran 10-15 minit.
  7. 7Masukkan ayam, bahan rempah yang ditumbuk, asam keping dan sedikit air.
  8. 8Tutup dan masak ayam sehingga ia empuk.
  9. 9Selepas masakan kelihatan kering, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.
  10. 10Kemudian, ayam ungkep siap untuk dihidang.
Petua & Panduan
  • Kuah ayam ungkep yang sedap sememangnya pekat dan bersalut dengan ayam.
  • Jika masakan ayam ungkep kelihatan berlebihan minyak, boleh sudukan keluar minyak berlebihan.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom