
Resepi Rendang Ayam Cili Api Hijau
Rendang Ayam Cili Api hidangan yang lengkap dengan rasa berempah, berlemak dan pedas dari cili api fresh. Sesuai dimakan bersama lemang atau nasik impit, nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
Bahan-bahan
Cara Buat Rendang Ayam Cili Api
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia.
- 2Potong nipis lengkuas, kunyit hidup dan serai.
- 3Masukkan bahan potong, cili padi hijau dan sedikit air ke dalam blender. Kisar halus semua bahan.
- 4Sangai biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian kisar halus dengan blender kering.
- 5Ketuk serai untuk tumis.
- 6Panaskan minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan pulak bahan kisar halus dan tumis sampai pecah minyak.
- 7Bila dah pecah minyak, masukkan ayam, rempah sangai dan sedikit air. Tutup dengan tudung kuali dan masak sampai ayam kecut.
- 8Tambah santan pekat, asam keping dan garam. Sambung reneh rendang sampai ayam masak dan kuah pekat.
- 9Masukkan kerisik dan gula melaka.
- 10Akhir sekali tabur dengan daun kunyit.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Sempena Hari Raya Aidiladha, atau raya Haji kali ni Che Nom nak sediakan resepi rendang yang cukup sedap, iaitu Rendang Ayam Cili Api versi tumis. Siapa yang suka makan pedas boleh cuba rendang ni. Rasa pedas tu datang dari cili api fresh yang kita guna, lain ye ia punya sedap tu kalau guna cili fresh.
Ayam yang Che Nom guna ni lambat lagi nak pencen, jadi masak pon tak lama sangat. Mudah aja nak masak, janji bahan-bahan yang kita guna tu semuanya fresh dan rempah kena sangai.
Bila bergabung dengan lemak santan dan rempah sangai homemamde, cukup terbaik. Kalau makan dengan lemang ke, nasik impit ke memang kena sangat. Nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









