Puding Kek Batik
Kek

Puding Kek Batik

Jumpa lagi kita kali ni dengan menu sempena aidil fitri, Che Nom nak share satu lagi resepi dessert yang confirm senang nak buat, rasa pun sedap iaitu pudding kek batik. Pernah makan tak. Bagi yang belum pernah cuba pudding kek batik ni berbeza sikit dengan kek batik classic tu, dia lebih kepada dessert yang sedap dimakan sejuk-sejuk disamping hidangan utama, sesuai sangat sebagai menu pencuci mulut.

Mula-mula kita sediakan hidangan pudding. Lepastu lapis dengan biskut sebelum sejukkan. Boleh cuba buat dengan anak-anak. Tak perlu bakar, tak perlu gunakan mixer. Hasil pudingnya memang sangat sedap berlemak, penuh rasa coklat, sesuai untuk sajian di hari lebaran.

Che Nom gunakan F&N Susu Isian Sejat, extra aroma dan exta berkrim. Tanpa kolesterol dan asid lemak trans, semestinya pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga. Tradisi dihargai, kenikmatan dirasai dengan Susu Isian Sejat F&N. Untuk lebih banyak resepi raya, boleh tengok dekat F&N website: https://my.fnlife.com/fn-hrp-2024

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 2 Mei 202450 paparan

Masa Penyediaan

30 minit

Masa Memasak

30 minit

Jumlah Masa

N/A

Hidangan

? orang

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 tin Susu Isian Sejat F&N
  • 1 tin air
  • 2/3 cwn Susu Krimer Manis Bervitamin F&N
  • 3 sb serbuk koko
  • 1 pek / 10g serbuk agar-agar
  • 1 sb tepung jagung
  • 200g coklat masakan gelap
  • 1 sb mentega (pilihan)
  • 1/2-1 pek biskut marie
Cara Memasak

Penyediaan Utama

  1. 1Kacau sekata susu isian sejat, air, susu krimet pekat manis, serbuk koko, serbuk agar-agar dan tepung jagung.
  2. 2Masak atas api perlahan sampai naik wap.
  3. 3Bila dah mendidih, tutup api kemudian masukkan dark chocolate dan butter. Kacau sampai adunan suam sikit.
  4. 4Basahkan sikit acuan (baking dish size 9x3 inci).
  5. 5Senduk masuk 4-5 senduk adunan pudding kemudian lapis dengan biskut.
  6. 6Ulang lapis dengan adunan pudding dan biskut sampai habis.
  7. 7Sejukkan 1-2 jam atau semalaman sebelum hidang.
Petua & Panduan
  • Selepas tutup api, kena kerap kacau dan jangan tinggal, takut agar-agar meruap dan berketul nanti.
  • Che Nom basahkan acuan dengan air sikit sebelum tuang masuk adunan untuk mudah keluarkan pudding nanti.
  • Kalau nak lapisan antara biskut dan pudding tebal, kena tunggu pudding beku sikit anggaran 2-4 minit sebelum lapis biskut yang baru. Kalau cair nanti biskut jadi rapat sikit la.
  • Ada 4 layer biskut semuanya, dan setiap layer biskut Che Nom susun biskut macam bata (zig zag), jangan selari.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom