ResepiCheNom
Popia Simpul Kasih Serunding Ikan

Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan

Prep 1 jamMasak 10 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 18 biji

Popia Simpul Kasih rangup berinti serunding ikan, sesuai jadi kudap-kudapan Hari Raya. Memang renyah sikit nak simpul, tapi bila siap puas hati dan jimat buat sendiri.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 bungkus kulit popia1 bungkus kulit popia
  • serunding ikanserunding ikan
  • minyak, untuk menggorengminyak, untuk menggoreng

Bahan Untuk Serunding Ikan

  • 1 kg ikan kembung1 kg ikan kembunglebih tepat dalam gram
  • 3 keping asam gelugor3 keping asam gelugor
  • 15-20 biji cili kering*15-20 biji cili kering*
  • 3 inci halia*3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*3 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*2 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai, hiris nipis*2 batang serai, hiris nipis*
  • 15 biji bawang merah*15 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*5 ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk minyak untuk menumis1 mangkuk minyak untuk menumis
  • air asam jawaair asam jawa
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Popia Simpul Kasih Serunding Ikan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Popia Simpul

  1. 1
    Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
  2. 2
    Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
  3. 3
    Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
  4. 4
    Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Untuk Serunding Ikan

  1. 1
    Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.
  2. 2
    Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. 3
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Goreng popia dalam minyak panas di atas api yang sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan kerap supaya popia masak sekata, warna cantik kekuningan dan kekal rangup jika disimpan lama.
Pengenalan

Resepi Popia Simpul Kasih, yang kebiasaannya dihidangkan sebagai kudap-kudapan pada musim perayaan seperti Hari Raya. Cara pembuatannya popia simpul ni memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi tetapi hasilnya sangat berbaloi. Kalau buat sendiri, pastinya kos lebih rendah berbanding jika beli yang dah siap sebab kerumitan proses penghasilannya.

Untuk resepi ini Che Nom gunakan serunding ikan, boleh juga kalau nak gunakan serunding udang kering atau ikan bilis. Kalau mahu lebih mudah, lebih baik beli serunding yang sudah siap dan anda hanya perlu sediakan popia simpul sahaja. Kalau ramai-ramai bergotong royong buat popia ni cepatlah siap hasilnya. Che Nom sertakan juga resepi serunding ikan jika anda berminat untuk sediakan sendiri serundingnya.

Diterbitkan pada 10 April 201828.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru