
Resepi Peria Goreng Telur
Peria Goreng Telur ni ringkas tapi sedap, sayur kegemaran Che Nom yang sesuai untuk seisi keluarga. Rendam peria dalam air garam sekejap supaya kurang pahit.
Bahan-bahan
Cara Buat Peria Goreng Telur
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sebentar sehingga cili masak.
- 2Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur. Masukkan serbuk kunyit.
- 3Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
- 4Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 orang · resepi untuk 2 orang
- Kalori
- 310 kcal
- Protein
- 11 g
- Karbohidrat
- 11 g
- Lemak
- 24 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 800 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 biji peria besar dianggar 250 g selepas buang biji.
- 3 sudu besar minyak dikira penuh kerana ini tumis, bukan goreng dalam.
- 'Sedikit garam dan gula' dianggar 1/2 sudu kecil garam dan 5 g gula.
- Ikan bilis kering 20 g menyumbang sebahagian protein dan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Peria Goreng Telur yang ringkas dan sedap. Ini adalah masakan sayur kegemaran Che Nom, dan peria juga sangat bagus untuk kesihatan.
Bagus dimakan oleh penghidap kencing manis dan juga dikatakan memberikan khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk menghilangkan rasa pahit peria yang terlalu kuat, rendam hirisan peria di dalam air garam seketika (Rujuk kepada ruangan tips).
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat








