
Pancake Coklat
Resepi Pancake Coklat, sedap dan mudah, sesuai untuk sarapan
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 24 Ogos 20133K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 2 Cawan tepung gandum
- 4 Sudu Besar Mentega
- 2 Sudu Besar Jus Lemon
- 4 Sudu Besar Gula Kastor
- 3 Sudu Teh Baking Powder
- 2 Biji Telur
- 1 Sudu Kecik Garam
- 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
- 250g coklat bar, cincang kasar
- 1/4 cawan butter
- 1/2 cawan susu full cream dutch lady
- 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)
Cara Memasak
- 1Cara untuk pancake
- 2Cairkan mentega.
- 3Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
- 4Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
- 5Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
- 6Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
- 7Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
- 8Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.
- 1Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
- 2Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
- 3bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
Petua & Panduan
- •Kaedah double boil ialah teknik memasak menggunakan stim dan memerlukan 2 tingkat periuk. Masukkan air 1/4 penuh di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Ambil satu mangkuk kaca dan letakkan di atas periuk yang mendidih tadi. Kepanasan dari stim akan mencairkan adunan coklat tadi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





