Nugget Nasi

Sempena cuti sekolah, Che Nom nak share resepi nugget nasi. Walaupun namanya nugget nasi kita boleh campur macam-macam seperti isi ayam atau isi sefood dan juga sayur, jadi ianya lebih sihat. Kandungan garam dgn perasa pon boleh di kawal.

Lepas adun dan bentuk, kita salut pula dengan serbuk roti. Bila goreng nanti akan terhasil textur yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Nasi yang dah tak tau nak buat apa kalau ada lebih tu, jom buat nugget. Sesiapa nak buat sebagai snek petang untuk anak-anak nak mengunyah memang sangat sesuai. Yang bagusnya boleh simpan frozen.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk nugget:
    • 2 cawan nasi
    • 2-3 ketul / 300g isi ayam
    • 1/2 batang carrot
    • 2 ulas bawang putih
    • Daun bawang
    • 1 sk serbuk lada sulah
    • Garam secukup rasa
    • 1 biji telur
    • 3 sb tepung jagung
    • Serbuk roti
    • Secubit garam
    • 1-2 biji telur(salut)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk isi nugget:
    1. Parut halus carrot dan bawang putih.
    2. Cicang halus daun bawang (boleh ganti dengan daun sup kalau suka).
    3. Isi ayam buang tulang dan cincang halus.
    4. Masuk nasi dan kesemua bahan tadi kedalam mangkuk yang besar.
    5. Masukkan jugak serbuk lada sulah dan garam, boleh tambah kiub pati ayam dan serbuk perasa kalau suka.
    6. Untuk lekatkan adunan isi nugget, Che Nom tambah 1 biji telur (boleh skip kalau alergik telur). Pecahkan telur, pukul sebati dan tuang masuk dalam bahan-bahan tadi.
    7. Gaul sebati kesemua bahan (kalau nak mudah boleh guna food processor, isi nugget nanti pon akan lebih halus).
    8. Texture adunan ni agak lembik jadi Che Nom tambah tepung jagung untuk kentalkan sikit, (biasanya Che Nom letak tepung ubi tapi habis pulak!!).
    9. Tabur tepung atas loyang atau tray.
    10. Bentukkan nugget dan salut dengan tepung.
    11. Susun isi nugget atas tray.
  2. Cara-cara untuk salutan:
    1. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam (untuk pecahkan sedikit molecule dan cairkan telur, jadi senang sikit nak salut nipis). Pukul sebati telur.
    2. Salut isi nugget dalam telur dan serbuk roti.
    3. Simpan dalam peti sejuk beku anggaran 1 jam.
    4. Panaskan minyak dan goreng nugget sampai keperangan.
    5. Boleh angkat bila kulit nugget kembung dan hampir merekah.

Tip:

  • Untuk lebih mudah bentukkan isi nugget, boleh sudukan adunan isi nugget dan drop dalam tepung.
  • Kalau tepung salutan menyerap ke dalam isi nugget, boleh salut balik dengan tepung sebelum celup telur.
  • Masa goreng nugget, jangan letak penuh kuali takut suhu minyak turun, minyak jadi tak panas, nugget tak garing dan mudah berderai masa tengah goreng.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.