Resepi Nasi Ayam Khao Mok Thai
Jom buat Nasi Ayam Khao Mok Thai, nasi kuning berempah ala briyani dimasak sekali dengan ayam sampai wangi.

Bahan-bahan
Cara Buat Nasi Ayam Khao Mok Thai
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 1060 kcal
- Protein
- 31 g
- Karbohidrat
- 132.5 g
- Lemak
- 41 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 12.5 g
- Natrium:
- 2360 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Set penuh dikira: nasi 4 cawan beras, ayam (½ ekor + 2 peha) dan sos hijau.
- Ayam dikira 65% isi boleh dimakan; serapan minyak goreng 12% pada ayam bersalut.
- Minyak sapi pilihan dikira separuh; garam di tiga tempat dijumlahkan.
- Sos ikan, sos tiram, serbuk perasa dan garam menjadikan natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk sukat air, sukat dengan cawan yang sama untuk sukat beras atau sukat air dengan anggaran 1 ruas jari.
- Tips untuk goreng ayam, tutup tudung periuk, jangan rapat sangat bagi terbukak sikit biar wap keluar dan buka penutup bila dekat nak angkat kemudian goreng ayam sampai garing.
- Ayam belum masak kalau air yang keluar dari ayam masih merah.
- Selepas nasi masak, tutup api dan biarkan nasi steam dalam 15 minit supaya nasi tak cepat hancur.
- Untuk bancuhan air tepung jagung, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit air sampai larut sebati.
Video
Pengenalan
Kali ni kita merantau ke Selatan Thai, dengan menu yang popular di sana iaitu Nasi Ayam Khao Mok. Hidangan ni lebih kurang sama konsepnya dengan nasi briyani. Nasi dimasak bersama campuran rempah tetapi lebih kepada warna kuning dari campuran kunyit, dan dimasak sekali dengan ayam.
Ada juga satu lagi pilihan iaitu kita hidang bersama dengan ayam goreng berempah. Ayam yang diperap dengan bahan rempah segar dan goreng garing dan juga hidang dengan bahan condiment yang lain. Kuahnya pula kita makan dengan sos cili Thai homemade.
Kalau di Thailand, dihidang dengan sos mint juga tapi Che nom tak buat lah. Dari segi rasa, set nasi ni lebih kepada gabungan rasa berempah, manis dan pedas.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









