Nasi Briyani Ayam

Nasi Briyani Ayam

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan masak ayam dengan menggunakan rempah briyani. Memang hasil masakan ayam yang berkuah pekat, berempah, harum. Ha, memang sedap lah bagi Che Nom.

Kemudian kita masak pula nasi briyani guna beras basmathi, kalau nak cantik guna beras yang extra-long. Cara masak nasi briyani ni memang lain dari apa yang Che Nom pernah masak sebelum ni. Resepi baru cara baru lagi sedap dan lebih berperisa. Che Nom belajar dari video Chef Amer, Terima kasih Chef. Resepi acar mentah pun ada sekali.

**NOTA: Walaupun bahan nampak banyak, tapi sebenarnya banyak sama yang berulang-ulang digunakan di setiap bahagian

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 27 Julai 202230.4K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 1 ½ ekor ayam
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 2 sk garam
  • 2 senduk minyak gorengan ayam
  • 1 sb minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sb bawang putih kisar
  • 2 sb halia kisar
  • 5 sb rempah briyani
  • 5 tangkai cili hijau besar
  • ½ cwn kismis goreng
  • 3 biji tomato
  • 2-3 sb tomato puree
  • 4 sb sos cili
  • 2 keping daun bay
  • 2-3 sb yogurt asli
  • ½ cwn susu cair
  • 3 sb bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar

  • 2 sb minyak sapi
  • 2 sb minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 1 sb halia kisar
  • 2 helai daun pandan
  • 1-2 biji tomato
  • 4 cwn beras
  • 5 cwn air
  • 1 sb gula batu
  • Garam secukup rasa
  • ½ cwn kismis
  • 1 cwn susu cair
  • 2-3 senduk kuah ayam briyani
  • Pewarna oren & kuning
  • 2 sb minyak sapi cair

  • Cili padi
  • 1 batang timun
  • ½ -1 batang karot
  • 1 biji bawang besar
  • 2 potong nenas
  • 2-3 sb jus limau
  • 2 sb pati oren sunquick
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
Cara Memasak

  1. 1
    Kisar halus bawang putih dengan sedikit air atau minyak diikuti dengan halia bawang merah, tomato, dan cili hijau. Kisar halus setiap bahan secara berasingan.
  2. 2
    Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lalu perap seketika.
  3. 3
    Bancuh rempah briyani dengan air dan gaul sebati.
  4. 4
    Gaul sedikit garam pada hirisan nipis bawang merah dan goreng sehingga keperangan.
  5. 5
    Goreng kismis sekejap dalam anggaran masa 2-3 minit.
  6. 6
    Goreng perapan ayam sehingga separuh masak.
  7. 7
    Dengan gunakan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, hirisan bawang besar dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau.
  8. 8
    Tumis pes kisar halus bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  9. 9
    Masukkan bancuhan rempah briyani, pes kisar cili hijau besar dan pes tomato.
  10. 10
    Masukkan ayam goreng, kismis goreng, tomato puree, sos cili, daun bay, yogurt asli, susu cair, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  11. 11
    Masak kesemua bahan sehingga kuah ayam briyani menjadi pekat.
  12. 12
    Taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

  1. 1
    Goreng gajus sehingga agak kekuningan.
  2. 2
    Panaskan minyak sapi dan minyak masak, lalu tumis rempah 4 sekawan, pes kisar bawang putih, pes kisar halia, daun pandan, tomato dadu dan beras basmathi.
  3. 3
    Masukkan daun bay, air, gula batu dan garam secukup. Kacau sehingga bahan sebati. Tutup sekejap sehingga agak kering.
  4. 4
    Tambah kismis dan susu cair, lalu masak sehingga kering.
  5. 5
    Tuang sedikit kuah ayam briyani dalam nasi.
  6. 6
    Tambah pewarna oren dan kuning, bawang goreng, gajus goreng dan daun ketumbar.
  7. 7
    Masak sehingga kering.
  8. 8
    Tuang minyak sapi yang telah dicairkan.

  1. 1
    Potong bahan-bahan acar.
  2. 2
    Masukkan jus limau, pati oren sunquick, gula dan sedikit garam.
  3. 3
    Kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu.
  4. 4
    Sejukkan sekejap dalam peti ais.

  1. 1
    Goreng papadam sehingga masak.
  2. 2
    Hidangkan nasi briyani dengan ayam briyani, acar mentah dan papadam.
Petua & Panduan
  • Selain susu cair, boleh juga digantikan dengan susu full cream ke dalam ayam briyani.
  • Tumis pes kisar bawang besar untuk nasi briyani jika mahu lebih wangi baunya.
  • Rendam beras basmathi dalam anggaran masa 15 minit sebelum di masak dan basuh beras 3-4 kali untuk buang kanji pada beras.
  • Nisbah air untuk memasak nasi adalah 1½ cawan air bersamaan dengan 1 cawan beras.
  • Petua untuk sedapkan nasi briyani adalah dengan menambah gula batu ke dalam nasi.
  • Kuah ayam briyani yang dimasukkan dalam nasi tidak perlu kacau sekata, biarkan tuang secara bertompok dalam nasi.
  • Selain pewarna oren dan kuning, boleh juga gantikan dengan saffron untuk menambah warna nasi briyani.
  • Selain jus limau nipis dan pati oren sunquick, boleh juga tambah cuka kedalam acar mentah.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru