ResepiCheNom
Lapis Cheese Cracker

Resepi Lapis Cheese Cracker

Prep 15 minJumlah 15 min

Lapis Cheese Cracker ni memang mudah tapi hasilnya sedap luar jangka. Bila biskut serap susu dan bersatu dengan cream cheese, sejuk semalaman terus jadi pencuci mulut padu.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 bungkus biskut Deluxe cracker1 bungkus biskut Deluxe cracker
  • 250g cream cheese Philadelphia250g cream cheese Philadelphia
  • 1/4 tin susu pekat manis1/4 tin susu pekat manis
  • serbuk nestum secukupnyaserbuk nestum secukupnya
  • 1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk
  • serbuk koko untuk hiasanserbuk koko untuk hiasan

Cara Buat Lapis Cheese Cracker

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Putar cream cheese sehingga kembang dan lembut.
  2. 2
    Masukkan 4 sudu besar susu, kemudian masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  3. 3
    Celup biskut dalam susu dan susun di dalam loyang. Che Nom guna loyang berukuran 11"x7".
  4. 4
    Susun biskut rapat-rapat dan tuang sedikit adunan cream cheese di lapisan atas dan ratakan. Tabur sedikit nestum dengan sekata.
  5. 5
    Selang selikan dengan susunan biskut celup, lapisan cream cheese dan taburan nestum sehingga habis.
  6. 6
    Sejukkan dalam peti ais semalaman. Potong empat segi kecil dan tabur degan serbuk koko sebagai hiasan.
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resipi Lapis Cheese Cracker, yang sungguh mudah tetapi menghasilkan dessert sangat sedap.

Che Nom memang pada mulanya agak sangsi dengan hasilnya tetapi bila selesai melapis dan disejukkan semalaman, hasilnya sungguh menakjubkan.

Tak sangka apabila biskut menyerap celupan susu bersama lapisan cream cheese, tekstur dan rasanya menjadi cukup seimbang. Resipi diambil dari blog Kak Ina KL. Selamat mencuba.

Diterbitkan pada 20 November 20153K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru