Kuih Seri Muka Permukaan Yang Licin
Hi Semua, kali ini Che Nom nak share resepi Seri Muka yang gerenti dapat permukaan yang licin, dan rasa pun sedap. Dalam video yang lepas, Che Nom dah tunjuk resepi dan cara masak style orang lama atau orang dulu-dulu. Nak dapat permukaan yang licin kena pandai control api pengukus dan agak susah nak master cara tu, tapi ada yg berjaya, Kali ini Che Nom tunjuk cara yang senang nak dapatkan kuih seri muka yang elok saja rupanya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cawan /400g beras pulut
- 2 cawan /500ml santan cair (**untuk yang guna santan kotak, ¾ cawan santan +1 ¼ cawan air + sedikit minyak masak)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- 6-8 helai daun pandan
- ½ sudu kecil jintan manis
- ¾ cawan /190ml air
- 1 ½ cawan /375ml santan pekat (**untuk yang guna santan kotak, 1 cawan santan + ½ cawan air)
- ¾ cawan/ 150g gula
- ½ cawan /60g tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 biji telur saiz B
- ½ - 1 sudu kecil garam
- pewarna hijau
- ½ cawan jus pandan
- 1Tapis dan toskan air beras pulut yang telah direndam 2 jam.
- 2Didalam bekas lain, gaul sebati santan cair bersama garam dan gula.
- 3Sediakan loyang, sapu minyak dipermukaannya lalu dilapik plastik. Sapu pula plastik dengan minyak.
- 4Masukkan beras pulut kedalam loyang lalu tuang adunan santan.
- 5Masukkan daun pandan.
- 6Kukus beras pulut dalam anggaran selama 15 minit.
- 7Sesudah masak, keluarkan daun pandan dan gembur pulut, lalu tekan semula pulut biar rapat kesemuanya kedalam loyang
- 8Cakar sedikit permukaan atas pulut.
- 1Kisar halus daun pandan dan jintan manis bersama air.
- 2Tapis jus pandan.
- 3Didalam bekas lain, masukkan gula, tepung gandum, tepung jagung, jus pandan, santan pekat, garam, telur dan pewarna hijau.
- 4Gaulkan kesemua bahan dan tapis adunan.
- 5Masak sekejap adunan atas api yang perlahan sambil mengacau adunan. Tutup api apabila mula ada ketulan lembut didalam adunan.
- 6Teruskan mengacau adunan.
- 7Tuangkan adunan pandan perlahan-lahan kedalam loyang yang berisikan pulut.
- 8Sambung kukus kuih dalam anggaran selama 40-45 minit.
- 9Selepas sudah masak, sejukkan kuih dan potong. Kemudian, kuih seri muka siap untuk dihidang.
- •Asingan santan cair yang diletak gula dan garam dirasa terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sesuai dan elok.
- •Jika menggunakan santan kotak, tambah sedikit minyak kedalam beras pulut yang telah dituang kedalam loyang sebelum dikukus.
- •Jika beras pulut masih kelihatan mentah dan mempunyai biji-biji keras yang mentah, sambung kukus sehingga beras pulut masak sempurna.
- •Ketika masak sekejap adunan lapisan atas diatas api yang perlahan, kerap mengacau adunan dan jangan tinggal. Adunan juga tidak perlu mendidih ya, cukup sekadar wap panas ketika memasak.
- •Sesudah menuang adunan lapisan atas didalam loyang, pecahkan gelembung jika ada untuk mendapatkan permukaan yang licin.
- •Tutup kuih semasa kukus bagi menggelakkan wap air masuk dan bertakung didalam kuih.
- •Bagi mengelakkan potongan kuih yang tidak sekata dan tidak kemas akibat melekat, sapukan pisau dengan minyak terlebih dahulu.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






