ResepiCheNom
Kuih Cara Manis

Resepi Kuih Cara Manis

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 18 biji

Kuih Cara Manis kegemaran Che Nom, garing di luar tapi lembut di dalam dengan rasa manis lemak ngam-ngam. Bahan pun mudah, ikut tips ni memang jadi elok.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Berus Pandan

  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • getah pengikatgetah pengikat
  • sedikit minyak masaksedikit minyak masak

Bahan Untuk Kuih Cara

  • 1 cawan /237ml jus pandan + 2 sudu besar jus pandan1 cawan /237ml jus pandan + 2 sudu besar jus pandan
  • 2 cawan /250g tepung gandum± 2 cawan± 1 ¾ cawan + 3 sudu besar(2 cawan /250g tepung gandum)
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 2 cawan /474ml santan2 cawan /474ml santan
  • (**untuk santan kotak, guna setengah kotak kecil dan campur air untuk cukup kan 2 cawan)(**untuk santan kotak, guna setengah kotak kecil dan campur air untuk cukup kan 2 cawan)
  • ½ sudu kecil garam½ sudu kecil garam3g
  • beberapa titik pewarna hijaubeberapa titik pewarna hijau
  • gula secukupnya untuk intigula secukupnya untuk inti

Cara Buat Kuih Cara Manis

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Berus Pandan

  1. 1
    Potong panjang agak-agak 2-3 inci.
  2. 2
    Susun daun pandan bersama dan ikatkan dengan getah.
  3. 3
    Gunting bahagian hujung.

Untuk Kuih Cara

  1. 1
    Kisar halus daun pandan dengan lebihan air.
  2. 2
    Tapis jus pandan.
  3. 3
    Masukkan semula jus pandan kedalam pengisar bersama tepung gandum, telur, santan, dan air.
  4. 4
    Tambah garam dan beberapa titik pewarna hijau.
  5. 5
    Kemudian, kisar adunan kuih hingga halus dan sekata.
  6. 6
    Tapis adunan kuih yang siap dikisar.
  7. 7
    Sediakan acuan kuih cara diatas api dan panaskan acuan.
  8. 8
    Sapu minyak pada setiap permukaan acuan.menggunakan berus pandan yang telah dibuat
  9. 9
    Bila acuan betul-betul panas, tuangkan adunan kedalam.
  10. 10
    Selepas bahagian bawah kuih sedikit masak, tuang gula secukupnya untuk inti, lalu tutup.
  11. 11
    Apabila kuih kelihatan sedikit perang dan tidak berair, angkat dan kuih cara manis siap untuk dihidang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan /250g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 2 cawan (cawan US 240ml).
½ sudu kecil garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan adunan kuih adalah cair ya, kuih cara akan menjadi keras apabila sejuk jika memasak adunan pekat.
  • Boleh menggunakan jaring untuk letakkan acuan kuih cara diatas api supaya acuan lebih stabil dan tidak jatuh.
  • Masukkan gula selepas bahagian bawah kuih kelihatan masak dan keras. Jangan letakkan terus gula selepas menuang adunan bagi elakkan kuih cara mudah bocor.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Untuk mendapatkan bentuk kuih cara yang elok, acuan mestilah betul-betul sudah panas sebelum memasukkan adunan,
  • Jika tidak ada gula kastor, boleh kisar halus gula pasir untuk menjadikan gula lebih halus seperti gula kastor.
Video
Pengenalan

Kuih cara manis, kuih kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kuih Cara ni ada 2 versi, satu manis dan satu lagi cara berlauk.

Che Nom akan kongi resepi dan cara lengkap untuk buat kuih cara manis yang paling sedap. Mesti nak buat lagi kalau dah try. Bahan-bahannya mudah saja. Bahan yg biasa ada kat dapur.

Cuma perlu ambil perhatian dgn tips yang akan Che Nom kongsi dalam video ni nanti. Kita akan dapat hasilkan kuih cara yang garing di luar dan lembut di dalam, manis lemak secukup rasa. Che Nom suka makan waktu panas dan kuih ini tetap lembut .

Diterbitkan pada 13 April 202177.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru