
Resepi Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
Kuih Bom Bijan rangup di luar, kenyal lembut di dalam, kekal bulat cantik lepas goreng. Doh guna tepung pulut sahaja dibancuh air panas, inti kacang merah pun padu.
Bahan-bahan
Bahan
- 2 cawan / 240g tepung pulut
- 1/2 sk garam
- 1 cawan / 237ml air
- 1/3 cawan / 70g gula
- 2 sk minyak masak
- Inti kacang merah
- Bijan
Cara Buat Kuih Bom Bijan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan / 240g tepung pulut bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ¾ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1/2 sk garam bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu dicampur bersama dengan tepung gandum, dan kemudian digaul air biasa, tapi resepi kali ini agak berbeza sikit. Hanya perlu gunakan satu jenis tepung iaitu tepung pulut dan dibancuh dengan air panas. Hasilnya tekstur doh tu lebih kenyal dan mudah mengembang bila goreng. Kita akan dapat kuih bom bijan yang rangup di luar dan kenyal lembut aja. Tidak perlu tambah ubi kentang ataupun keledek.
Bila sudah lepas menggoreng, kuih akan kekal jadi bulat sekata serta tidak mudah kempis. Resepi asal dari Youtube channel Magic Ingredients. Bahan-sangat lah mudah, tetapi kita perlu beri lebih perhatian kepada Teknik pembuatannya. Selamat mencuba.
Kepada yang nak cuba buat sendiri inti kacang merah boleh rujuk resepi Pau Kacang Merah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Kuih Bom Bijan Kelapa

Resepi Pau Kacang Merah

Resepi Kuih Getas

Resepi Buah Melaka Cair di Mulut, Manis di Hati!

Resepi Pisang Goreng Rangup Ala Gerai (Salutan Bijan, Dalam Lembut)

Resepi Karipap Pusing Rangup Edisi Premium
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



