
Kuey Teow Kung Fu
Resepi Kuey Teow Kung Fu, sedap dan mudah dimasak cuma memerlukan bahan-bahan yang banyak dalam penyediaan kuahnya. Apa yang istimewa denga kuey teow kung fu ini adalah kuey teow nya digoreng terlebih dahulu bersama telur dan kuahnya dituang kemudian sejurus sebelum dihidang. Selamat mencuba :)

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 paket kuey teow, 500g
- 1-2 biji telur
- 1 sudu kecil lada sulah
- 3 ulas bawang putih
- 1 mangkuk fishball atau fishcake
- 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
- 5 ekor udang
- 3 ekor sotong
- air, anggaran 3 cawan
- sayur karot, hiris halus memanjang
- bunga kobis
- 3 batang jagung muda
- sayur sawi
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- garam secukup rasa
- 1 biji tomato, belah 4
- 6 biji cili padi, belah dua
- 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- hirisan daun bawang
- bawang goreng
- 1Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
- 2Panaskan sedikit minyak.
- 3Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
- 4Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.
- 1Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
- 2Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.
- 3Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.
- 4Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.
- 5Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
- 6Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
- 7Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
- •Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kuey Teow Ladna
Resepi Kuey Teow Ladna yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan pula tidak semestinya sama seperti resepi di ...
Diterbitkan pada 16 Disember 2016
Kuey Teow Kung Fu RANGUP
Hi semua, dah lama rasa tak masak kuey teow, dan kali ni Che Nom nak tunjukkan lagi sekali cara untuk masak kuey Teow Ku...
Diterbitkan pada 12 Ogos 2020

Mee Goreng
Resipi Mee Goreng basah, dimasak bersama udang dan bahan-bahan lain. Rahsia kepada mee goreng basah yang sedap adalah ai...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Maggi Goreng
Resepi Maggi Goreng yang mudah dan cepat disediakan jika anda lapar dan malas nak pergi ke restoran mamak. Kita gunakan ...
Diterbitkan pada 23 Julai 2018

Bihun Goreng
Resipi bihun goreng, makanan yang simple dan sedap, tak memerlukan masa yang lama untuk penyediaan dan memasak. Sedap ka...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Soto Ayam Istimewa
Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom dari Medan yang bagi resepi ni. Sebelum ...
Diterbitkan pada 27 Jun 2015
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.