ResepiCheNom
Maggi Goreng

Resepi Maggi Goreng

Prep 5 minMasak 5 minJumlah 10 min

Maggi Goreng kari versi Che Nom yang cepat, mudah dan padu bila lapar malas nak ke mamak. Campak je sayur dan bahan ikut apa yang ada dalam peti ais, tetap sedap.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • sos cilisos cili
  • kicapkicap
  • 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali
  • 1 ulas bawang putih, cincang kasar1 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 biji telur1 biji telur
  • sedikit udangsedikit udang
  • 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
  • kobiskobis
  • sawisawi
  • cili padicili padi
  • limau nipis, untuk perahanlimau nipis, untuk perahan

Cara Buat Maggi Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rebus maggi separuh masak, maksudnya jangan terlalu kembang dan kemudian toskan.
  2. 2
    Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. 3
    Pecahkan telur dan tabur sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan pula udang.
  4. 4
    Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi dan cili padi.
  5. 5
    Tuang kesemua baki perencah maggi tadi, sedikit kicap dan sos cili secukup rasa. Gereng semuanya sehingga sebati.
  6. 6
    Angkat dan hidang bersama hirisan limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua, nanti maggi akan menjadi kembang dan lembik apabila digoreng nanti.
Video
Pengenalan

Resepi Maggi Goreng yang mudah dan cepat disediakan jika anda lapar dan malas nak pergi ke restoran mamak.

Kita gunakan maggi goreng perisa Kari (maggi bersama perencahnya sekali).

Dalam resepi ini Che Nom letak bahan-bahan serta sayur yang ada dalam peti ais sendiri, tetapi anda boleh tukar mengikut citarasa sendiri.

Diterbitkan pada 23 Julai 2018106K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru