Resepi Kuey Teow Ladna
Kuey teow ladna ala Thai dengan kuah jernih sedikit coklat dari sos tiram, pekat dan tak muak. Letak cili padi dalam kuah, memang naik selera dan sedap.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuey Teow Ladna
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rebus ayam dan hiris nipis.
- 2Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
- 3Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
- 4Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
- 5Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
- 6Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
- 7Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 25 g
- Karbohidrat
- 39 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 5.5 g
- Natrium:
- 540 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak menyatakan bilangan hidangan; 500 g kuey teow dengan udang, sotong dan ayam dianggar 4 hidangan.
- 'Minyak untuk menumis' tidak disukat — 4 sudu besar diandaikan.
- 1 mangkuk udang dianggar 200 g isi; 2 ekor sotong dianggar 200 g.
- Sos tiram, kicap manis dan kiub ayam menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Kuey Teow Ladna yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan pula tidak semestinya sama seperti resepi di bawah, tetapi boleh diubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda.
Masakan ni kebiasaannya disediakan di restoran Thai dan kuahnya pula berwarna jernih tetapi sedikit coklat dari warna sos tiram.
Apa yang membuatkan kuah ini tidak muak adalah cili padi yang diletakkan di dalam kuah. Memang sedap sangat. Selamat mencuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









