Resepi Kerabu Maggi Ala Restoran Thai
Kerabu Maggi ala Thai yang sempoi dan cepat, guna mee segera tomyam dengan sayur rangup serta seafood. Rasa pedas, masam manis memang syiok, sesuai untuk orang bujang.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Kerabu Maggi
- 2 pek mi segera perasa Tomyam
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji tomato
- 2-3 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil kicap cair
- 1-2 biji limau nipis
- 1 batang serai
- 4-6 tangkai cili padi
- Daun ketumbar
- 1/4 biji bawang holland
- 1 sudu kecil gula perang
- Sedikit garam
- 1/4 kuntum bunga kantan
- 1 batang cili merah
- Sedikit isi ayam
- 3 ekor sotong
- 4-6 ekor udang
- Lobak merah
- Timun
- Kacang panjang
- 1 sudu besar minyak bawang putih
Cara Buat Kerabu Maggi
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 500 kcal
- Protein
- 32.5 g
- Karbohidrat
- 48 g
- Lemak
- 17.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 6.5 g
- Natrium:
- 2310 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 2 pek mi + makanan laut dianggar 4 hidangan.
- Perencah mi dikira 80% sahaja kerana mi direbus dan ditos.
- 'Sedikit isi ayam' dianggar 100 g; sotong 180 g, udang 100 g.
- Sos ikan 2-3 sudu besar adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk tahu udang dah masak atau belum, udang akan bertukar warna oren dan kepala bengkok bertemu ekor.
- Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak, jadi meggi tak kembang sangat nanti.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak masak menu yang sempoi,menu yang tak perlu susah-susah nak masak lama dan mesra orang bujang gitu iaitukerabu maggi. Selalunya kita masak maggi style berkuah atau goreng tu, kali ni kita buat lah kerabu pulak.
Kalau dah nama pun kerabu mesti ada rasa pedas, ada rasa masam, manis, rasa sedap dari seafood atau daging. Ada rasa rangup-rangup dari sayur atau ulam yg kita masukkan. Memang syiok betul makan kerabu maggi ni.
Che Nom guna mee segera perasa tomyam aja senang nak beli kat kedai.Dan yang paling Che Nom suka kerabu ni mudah sgt kalau nak ubahsuai dengan bahan-bahan yang kita suka.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









