ResepiCheNom
Maggi Hailam Kayangan

Resepi Maggi Hailam Kayangan

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 3 orang

Maggi Hailam one pot meal yang kuahnya pekat dan padu, siap dengan seafood, ayam dan sayur. Celur maggi sekejap je supaya tak cepat kembang, perah limau nipis lagi sedap.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Maggi Hailam

  • 6 ekor udang6 ekor udang
  • 3 keping maggi kering3 keping maggi kering
  • 1-2 biji bawang merah kecil1-2 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 5-6 ekor sotong5-6 ekor sotong
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 4 sudu besar minyak masak4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • Isi ayamIsi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • 1/2-1 lobak merah1/2-1 lobak merah
  • 8-10 bebola ikan8-10 bebola ikan
  • 4 cawan air rebusan udang (optional)4 cawan air rebusan udang (optional)
  • Atau jumlah sama air putihAtau jumlah sama air putih
  • 3-4 sudu besar kicap pekat manis3-4 sudu besar kicap pekat manis
  • Sayur putik jagungSayur putik jagung
  • 1/2 kiub pati ayam1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit garamSedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit airSedikit air
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • Sayur brokoliSayur brokoli
  • 5-6 tangkai cili padi5-6 tangkai cili padi
  • Daun supDaun sup
  • Bawang gorengBawang goreng
  • 1 biji limau nipis1 biji limau nipis

Cara Buat Maggi Hailam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Bahan

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
  2. 2
    Lobak merah kupas kulit dan potong menyerong.
  3. 3
    Sayur baby corn belah 2, boleh potong menyerong kalau suka.
  4. 4
    Tomato belah 4.
  5. 5
    5.Brokoli, rendam dalam air cuka, bilas dengan air dan potong sama besar.
  6. 6
    Fish ball belah 2, boleh ganti fish cake kalau suka.
  7. 7
    Daun sup potong sederhana halus, kalau nak ganti dengan daun bawang pon boleh.
  8. 8
    Cili padi buang tangkai dan potong sikit hujung cili.
  9. 9
    Limau nipis belah dua.
  10. 10
    Celur maggi dalam air mendidih anggaran 30 saat. Kacau sikit dan toskan air.
  11. 11
    Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak (barulah maggi tak kembang).

Untuk Masak

  1. 1
    Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, sebagai bahan untuk pekatkan kuah nanti. Kacau sebati dan ketepikan.
  2. 2
    Masak sotong dalam kuali panas tanpa minyak (macam goreng tanpa minyak).
  3. 3
    Masukkan lada sulah (pilihan). Kacau sampai sotong bertukar warna putih. Angkat dan ketepikan.
  4. 4
    Panaskan minyak dan tumis bawang sampai kekuningan. Masukkan juga cili kisar, kacau sampai garing.
  5. 5
    Masukkan isi ayam dan kacau sampai separuh masak.
  6. 6
    Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati
  7. 7
    Masukkan carrot dan bebola ikan. Kacau sebati.
  8. 8
    Masukkan air rebusan kulit udang homemade (pilihan), caranya rebus kulit udang dengan air kemudian kisar dan tapis air. Kalau tak nak boleh ganti dengan air biasa.
  9. 9
    Masukkan udang, kicap pekat manis, sayur baby corn, kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam.
  10. 10
    Bila kuah dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  11. 11
    Masukkan tomato, sotong, brokoli dan cili padi. Tambah air kalau nak lebihkan kuah
  12. 12
    Akhir sekali bila nak makan baru masuk maggi yang telah celur tadi. Kacau sikit dan terus hidang.
  13. 13
    Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan limau nipis untuk hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selepas celur, bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak barulah maggi tak kembang.
  • Masak sotong dalam kuali panas tanpa minyak macam goreng tanpa minyak. Cara ni dapat elak sotong terlebih masak dan liat.
Video
Pengenalan

Apa khabar semua. Resepi yang Che Nom nak share kali ni ialah maggi hailam. Menu kategori yang kita boleh panggil one pot meal lah kan sebab semuanya kita masak sekali dalam kuali dan terus sedia untuk hidang dan makan.

Mula-mula kita sediakan bahan-bahan, kemudian maggi tu dicelur sedikit, jangan sampai masak lembut sekadar terlerai aja untuk elak maggi jadi cepat kembang bila makan.

Kemudian, kita masak kuah hailam yang pekat, dan letak macam-macam bahan seafood, ayam, sayur dan masak supaya kuah pekat secukup rasa, dan kemudian boleh lah hidang. Sedap dimakan bersama perahan jus limau nipis.

Diterbitkan pada 24 November 20224.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru