
Kek Pisang
Kali ni Che Nom kembali dengan Edisi Niaga, berkongsi resepi kek pisang klasik yang tak jemu dimakan dan tak lapok dek zaman. Cara penyediaan kek pisang ni agak mudah sebenarnya, boleh adun guna blender aja.
Dan Che Nom akan kongsi resepi untuk hasilkan kek pisang yang lembab, gebu dan lembut. Ada sedikit perbezaan dari resepi asal yang Che Nom pernah share dulu, yang penting lah untuk dapatkan rasa kek pisang yang premium. Che Nom juga ada bagi tip macam mana nak letak hiasan pisang di atas kek dan cara untuk pastikan kek betul-betul masak, sila rujuk di bahagian tip ya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 cawan /100g gula kastor
- 1/2 cawan /110g gula perang
- ***boleh kurangkan gula jika suka kurang manis
- 4 biji telur saiz B (kalau saiz A 3 biji)
- 1/2 cawan /125g mentega
- 1/2 cawan /125g minyak sayur
- 4 biji pisang (saiz sederhana) atau 1 cawan pisang lecek
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil garam (jika guna mentega tak bergaram)
- 1 1/2 cawan / 190g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1Kupas kulit pisang dan tekan pisang sampai hancur.
- 2Cairkan butter.
- 3Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
- 4Masukkan gula putih, gula perang dan telur dalam food processor (atau blander) . Kisar sampai berubah warna cerah sikit (kisar anggaran 1 minit).
- 5Masukkan mentega cair dan minyak sayur. Putar lagi anggaran 30-45 saat.
- 6Masukkan pisang lenyek, esen vanilla dan garam (kalau guna mentega tak bergaram). Putar lagi sampai kembang dan berubah warna.
- 7Tuang sikit demi sedikit adunan kisar tadi kedalam adunan kering dan gaul sebati.
- 8Gris loyang (8 x 8 inci) dengan majerin dan alas dengan kertas baking.
- 9Potong nipis pisang (untuk hiasan).
- 10Panaskan oven suhu 160⁰c.
- 11Tuang adunan kedalam loyang.
- 12Susun kepinggan pisang atas adunan (boleh tambah chocolate chip kalau suka).
- 13Masukkan kedalam oven dan bakar selama 40-45 minit dengan suhu 160⁰C (suhu boleh laras mengikut kesesuaian oven masing-masing).
- 14Keluarkan kek dan sejukkan.
- •Pastikan potong pisang nipis dan letak kepinggan pisang masa dekat nak masuk oven, kalau terlebih awal takut pisang tenggelam kebawah masa bakar.
- •Kalau masa bakar kek bahagian atas cepat perang, boleh turunkan suhu dan bakar lebih lama.
- •Untuk check kek dah masak, boleh cucuk dengan lidi, kalau lidi tak basah dan melekat maknanya kek dah masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






