Resepi Kek Pandan Marble
Kek Pandan Marble ni lembab, wangi pandan dan corak marble cantik, memang sedap untuk minum petang. Cara buat pun mudah, bahan ringkas je.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 cawan (225g) gula kastor
- 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak
- 1 cawan (225g) mentega, salted butter
- 4 biji telur saiz A
- 3 sudu besar susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar serbuk koko, diayak
- 2 sudu besar pandan emulco
Cara Buat Kek Pandan Marble
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
- 2Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
- 3Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
- 4Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
- 5Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
- 6Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
- 7Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
- 8Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
- 9Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 8 biji
- Kalori
- 470 kcal
- Protein
- 7 g
- Karbohidrat
- 52.5 g
- Lemak
- 26 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 30 g
- Natrium:
- 370 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan diberi dalam gram, jadi pengiraan terus dibuat.
- Mentega bergaram dan tepung naik sendiri menyumbang natrium.
- Adunan ~980 g dibahagi 8 bermakna satu potong besar ~120 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan (225g) gula kastor bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ¾ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Suhu oven juga adalah sebenarnya bergantung kepada oven masing-masing. Jangan terpalu panas kerana kek boleh menjadi merekah.
Pengenalan
Resepi Kek Pandan Marble,
tekstur yang lembab dan mudah disediakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai









