
Kek Oren Lembap dan Lembut
Resepi kali ini adalah Kek Oren yang sangat lembab dan lembut. Saya memang meminati kek yang mudah dan simple, dan Kek Oren salah satu dari kek yang sangat disukai saya dan anak-anak. Kek sebegini sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang atau majlis hi-tea .Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan juga keharuman butter sangat menyelerakan. Dalam resepi ini ada menggunakan sour cream, tujuannya untuk membuatkan kek menjadi lembap dan 'rich'. Pasti dapat rasa beza sedapnya kek macam ni yang menggunakan sour cream. Satu lagi bahan yang menbuatjkn kek anda lembut dan sedap adalah mentega. Pilih mentega yand berkualiti tinggi,.kalau tidak, jenama Buttercup pun ok :)
Sila rujuk bahagian tips untuk panduan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
- 3/4 cawan gula kastor
- 4 sudu kecil parutan kulit oren
- 2 biji telur saiz A
- 1/2 cawan sour cream
- 1/4 cawan perahan jus oren segar
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil garam
- 1Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
- 2Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
- 3Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
- 4Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,
- •1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda.
- •2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam adunan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada





