
Resepi Kek Buah Kukus
Kek buah kukus yang lembab, wangi dan penuh buah kering dengan rasa manis berkaramel yang ngam, tak muak. Resepi padu, mudah jadi dan sesuai sangat untuk buat jualan.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 250g mentega
- 340g gula
- 60ml air panas
- 2 sb pati oren Sunquick
- 500g campuran buah kering
- 350g tepung gandum
- 1 sk cream of tartar
- 2 sk soda bikarbonat
- 1/2 sk serbuk herba campuran (buah pala & kayu manis) atau kayu manis
- 3 biji telur
- 1 sk esen vanilla
Cara Buat Kek Buah Kukus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Untuk resepi ni kita kena guna buah-buahan kering, untuk mudahkan, kita boleh guna mixed fruit, ada campuran ceri dengan kismis.
- 2Kalau tanak beli premix buah kering, boleh campur mixed fruit, apricot dan cranberry kering. Buah cranberry kering kita kena beli asing, takde campuran. Che Nom suka cranberry kering sebab rasa tak manis sangat, ada rasa masam-masam sikit, meratah pon sedap.
- 3Oleh sebabkan Che Nom suka ceri sebiji-sebiji, nak tambah lagi 100g, ni optional ya..
- 4Potong dadu halus buah-buahan tadi. Jumlah sukatan berat buah-buah kering adalah 500g, nak campur macam mana itu ikut kehendak kita lah.
- 5Masukkan tepung gandum, cream of tartar, campur dengan baking soda, dan mixed spice kemudian ayak.
- 6Loyang boleh guna 8x8 inci, atau 9x9 inci. Che Nom guna 8x8 inci. Boleh gris dengan butter atau majerin.
- 7Alas loyang dengan baking paper.
- 8Pecahkan telur kemudian tambah esen vanilla. Pukul sebati dan ketepikan dulu.
- 9Sekarang kita sediakan gula hangus, masukkan gula pasir atau gula putih dalam periuk.
- 10Bukak api dan kita tunggu sampai gula cair dan mula jadi perang berkaramel. Tak perlu kacau
- 11Bila gula dah mula perang menggelegak, goyang je sikit-sikit, tak perlu kacau pakai senduk pun.
- 12Bila dah mula cair dan naik buih-buih halus, tuang masuk air panas. Seeloknya pakai glove ye, takut terpecik gula panas, melecur nanti.
- 13Bila masuk air panas, gula akan stop crystalize, terus masukkan semua potongan mentega dan biar mencair perlahan-lahan.
- 14Che Nom tambah pati oren Sunquick untuk penambah rasa, dan balancekan rasa manis gula, dan sedap rasa masam-masam oren, wangi pon iya jugak. Ini tak ada dalam resepi asal.
- 15Masukkan semua buah campuran kering dalam adunan air gula. Kacau buah.
- 16Bukak api dan masak sampai mendidih sikit, kemudian tutup dan biar suam-suam kuku gitu.
- 17Sekarang dah boleh adun. Tuang masuk tepung sikit-sikit dalam adunan gula dan kacau rata sampai sebati. Adunan memang akan jadi pekat bertali.
- 18Masuk telur dan gaul kaup balik sampai sebati.
- 19Tuang masuk adunan dalam loyang. Ratakan dan hentak 2-3 kali supaya tak ada rongga udara besar terperangkap.
- 20Last sekali, susun ceri atas adunan kek.
- 21Sebelum mengukus, tutup loyang dengan aluminium foil, untuk elak wap air jatuh masuk dalam kek, dan balut ni untuk dapat hasil kek buah yang lembap. Boleh juga guna plastic cling wrap, atau baking paper, dan ikat rapat dengan tali.
- 22Masukkan dalam pengukus, dan kukus selalam 3-4 jam.
- 23Lepas dah masak boleh tunggu kek sejuk sepenuhnya sebelum potong.
- 24Minyak-minyak mentega (mentega yang cair dalam loyang) kita sapu je atas permukaan bagi kek lembab kilat.
- 25Boleh potong kek dan hidang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 250g mentega bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
- 340g gula bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ½ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Jom kita buat kek buah kukus yang lembab, penuh dengan buah buahan kering, rasa manis berkaramel, dan sangat wangi. Che Nom dapat resepi ni hasil dari perkongsian follower Instagram, Datin Meriam Yaacob. Terima kasih banyak-banyak. Sekali Che Nom cuba memang terus menjadi. Rasa pun semua cukup, tak keterlaluan manisnya. Cuma hanya tambah 2 bahan je.
Dalam video ni Che Nom ceritakan mengenai jenis buah-buahan kering yang kita boleh guna untuk kek buah kukus. Kemudian bercerita pula tentang leavening agent untuk hasilkan textur kek yang lembut. Seterusnya kepada cara masak gula caramel, proses mengadun dan cara mengukus kek buah dengan betul.
Hasil resepi ni sangat padu. Che Nom yang kurang suka kek buah pon terus jadi suka . Sesuai dibuat tempahan berniaga.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









