Resepi Kek Gula Hangus Kukus
Kek gula hangus kukus versi lebih besar dan ekonomi, tekstur sarang semut memang jadi walau tak perap. Sesuai untuk yang tak ada oven, buat niaga atau makan ramai-ramai.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Kek Gula Hangus
- 6 biji telur saiz A (kalau saiz B 7 biji)
- 2 cwn /400g gula
- 2 cwn /475ml air
- 1/2 cwn /113g mentega
- 2 sk esen vanila
- 3/4 cwn /230g susu pekat
- 2 cwn /250g tepung gandum
- 2 sk soda bikarbonat
- 1 sk serbuk penaik
Cara Buat Kek Gula Hangus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 potong · resepi untuk 16 potong
- Kalori
- 280 kcal
- Protein
- 5 g
- Karbohidrat
- 45 g
- Lemak
- 9 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 33 g
- Natrium:
- 210 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan gram digunakan terus; 16 hirisan seperti dinyatakan.
- Gula 400 g dihanguskan tetapi tenaga kekal dikira penuh.
- Natrium utamanya dari 2 sudu kecil soda bikarbonat.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cwn /400g gula bersamaan berapa cawan?
- ± 2 cawan (cawan US 240ml).
- 1/2 cwn /113g mentega bersamaan berapa cawan?
- ± ½ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- untuk masak gula karamel, pastikan guna kuali atau periuk yang tebal untuk kawal tahap hangus gula. Takut nanti gula terlebih hangus sampai pahit.
- Untuk air gula seeloknya guna air panas, sebab kalau guna air sejuk takut air gula akan berketul-ketul.
- Boleh perap adunan minimum 1 jam tapi Che Nom kukus terus. Kalau perap lebih elok, bukan sekadar sarang lebih cantik malahan kek lebih sedap.
Video
Pengenalan
Kali ni jom kita tengok cara buat kek gula hangus atau nama lain yang selalu orang panggil, kek sarang semut sebabnya tekstur kek ni memang berongga macam dalam sarang semut. Sebelum ni Che Nom dah pernah kongsi resepi, tapi resepi yang baru ni hasil keknya lebih besar. Jumlah sukatan bahan pun lebih ekonomi terutama pada sesiapa yang nak buat berniaga atau buat makan ramai-ramai.
Kita mula dengan cara karamelkan gula, gula caramel tu yang sedap. Dan kemudian bancuh gula dengan bahan-bahan kering. Che Nom kukus ye kek kali ni, bukan bakar. Jadi siapa yang tak ada oven boleh cuba buat, dan walau tak perap pun tetap jadi sarangnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru

Kenapa Cekodok Pisang Keras, Leper atau Berminyak? Punca dan Cara Betulkan
7 November 2026
Cempedak Goreng Rangup: Punca Salutan Lemau dan Cara Betulkan
28 Oktober 2026

Kenapa Telur Dadar Tak Garing? Cara Dapat Garing Luar, Fluffy Dalam
31 Ogos 2026
Resepi Terbaru

Resepi Kek Loaf Pisang Coklat (Edisi Niaga)

Resepi Telur Masak Kicap Gaya Makcik Kantin

Resepi Kek Batik Horlicks Cheese

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala






