ResepiCheNom
Kek Gula Hangus
Kek

Resepi Kek Gula Hangus

Prep 40 minMasak 25 minJumlah 1 jam 5 minHidangan 12 biji

Kek gula hangus atau kek sarang semut ni memang kek kegemaran sepanjang zaman. Texture nya yang lembut, manis wangi berkaramel, berongga dan sedikit garing di luar memang sedap makan sambil minum dengan teh O.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 cwn /200g gula± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(1 cwn /200g gula)
  • 1 cwn /237ml air panas1 cwn /237ml air panas
  • 1/4 ketul atau 63g mentega± ¼ cawan± ¼ cawan(1/4 ketul atau 63g mentega)
  • 1 cwn /125g tepung gandum± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(1 cwn /125g tepung gandum)
  • 2 sk soda bikarbonat2 sk soda bikarbonat10g
  • 3 biji telur3 biji telur
  • 1/2 cwn /118ml susu pekat manis1/2 cwn /118ml susu pekat manis
  • 1 sk esen vanila1 sk esen vanila5g
  • 1/4 sk garam1/4 sk garam2g
  • Loyang bulat 24cmLoyang bulat 24cm

Cara Buat Kek Gula Hangus

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cairkan gula perang atas api perlahan tanpa air.
  2. 2
    Bila gula dah cair, tuang masuk air panas (seeloknya pakai glove).
  3. 3
    Bila dah larut masukkan butter dan tutup api.
  4. 4
    Ayak tepung gandum dan baking soda.
  5. 5
    Pecahkan telur dan pukul sebati.
  6. 6
    Tuang masuk susu pekat manis, esen vanila dan garam. Pukul sebati.
  7. 7
    Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
  8. 8
    Tuang masuk air gula caramel (yang dah suam).
  9. 9
    Perap anggaran 10 minit.
  10. 10
    Gris loyang dengan butter. Che Nom guna acuan bengkang 24cm.
  11. 11
    Tapis adunan kek dan tuang masuk dalam loyang.
  12. 12
    Masak atas api sederhana perlahan selama 15 minit. Kemudian tukar kepada api perlahan selama 10-15 minit atau sampai kek masak.
  13. 13
    Sejukkan kek sebelum keluarkan dari loyang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cwn /200g gula bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan (cawan US 240ml).
1/4 ketul atau 63g mentega bersamaan berapa cawan?
± ¼ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Api jangan kuat sangat masa cairkan gula, takut tepi cepat hangit, cepat hitam dan jadi pahit.
  • Kalau nak texture kek tu bersarang, jangan pukul sangat telur, kalau pukul nanti kek jadi lebih kepada texture gebu.
  • Nak tau kek dah masak, bila kita tekan kek akan naik cepat-cepat macam span atau cucuk dengan lidi, kalau lidi tak basah kira dah masak. Lagi satu tepi kek ni akan kecut dan terpisah dari loyang.
Video
Pengenalan

Che Nom sangat excited nak share resepi pada kali ni, sebab pertama kalinya Che Nom beli loyang yang boleh bakar kek guna dapur. Rindu nak makan kek old school punya pasal, loyang pon kita guna model old school la, made in Thailan Sawasdikap.

Kek gula hangus atau kek sarang semut ni memang kek kegemaran sepanjang zaman, nak buat pon bahan-bahan nya tak mahal. Cuma cara atau teknik tu kena betul untuk dapatkan hasil kek yang lembut, manis wangi berkaramel, berongga dan sedikit garing di luar.

Che Nom lebih suka kalau gebu tu sikit, syiok makan dengan teh O. Che Nom share juga cara bakar kek atas dapur, jadi tak perlu guna oven pun dapat buat kek marvellous. Berebut makan tak sempat tunggu tunggu sejuk.

Diterbitkan pada 27 Jun 20246.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru