Maklumat Resepi

Karipap pusing

Karipap pusing

Buat peminat karipap pusing ha Che Nom nak share satu resepi dan teknik baru karipap pusing yang memang sesuai dibuat berniaga yang memang lain dari cara yang Che Nom pernah share sebelum ni. Hasilnya memang rangup dan ada layer halus berongga nipis yang penuh dengan inti. Resepi asal dari youtuber Indonesia Pipiya Shopi, terima kasih. Mula-mula kita tengok cara buat inti karipap, resepi ni memang favourite Che Nom sebab pedas berempah sikit rasa tu, nak letak ayam boleh daging pon boleh. Kemudian Che Nom akan tunjukkan cara step by step untuk buat karipap pusing dengan dua jenis doh kemudian kita lapiskan. Dan disebabkan layer tu halus nipis, untuk elak terburai inti, kita lapik dengan satu lapisan pelapik nak elak inti dari keluar.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan doh A:
    • 300g tepung gandum
    • 60g minyak masak
    • 2 sb majerin cair
    • 1/2 st garam
    • 1 sk gula
    • 125ml air sejuk
  • Bahan-bahan doh B:
    • 150g tepung beras
    • 80g majerin
    • 45g minyak masak
  • Bahan-bahan inti karipap:
    • 800g ubi kentang
    • 300g isi ayam
    • 3 sb serbuk kari daging
    • 5 ulas bawang putih
    • 5-7 biji bawang merah
    • 1 inci halia
    • 2 tangkai daun kari
    • 1 sb cili kisar atau serbuk cili (pilihan)
    • 1 sk serbuk lada hitam
    • Air, secukupnya
    • 1 biji bawang besar
    • Garam, secukup rasa
    • 1-2 sb gula
    • 2 sk serbuk seasoning
    • 1 tangkai daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara inti kentang:
    1. Kisar halus bawang merah kecil dan bawang putih.
    2. Potong dadu bawang besar, kentang dan daun sup.
    3. Bancuh rempah kari dengan sedikit air.
    4. Cincang halus isi ayam.
    5. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan.
    6. Masukkan daun kari, bancuhan rempah kari dan cili kisar.
    7. Masuk air 2-3 kali dan ulang masak sampai pecah minyak.
    8. Masukkan ayam cincang, serbuk lada hitam, kentang dan air separuh tenggelam. Tutup tudung, perlahankan api dan masak sampai kentang empuk.
    9. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk seasoning.
    10. Masukkan bawang dadu dan daun sup.
  2. Cara-cara kulit karipap:
    1. Doh A, bancuh garam dan gula dengan air sejuk.
    2. Masukkan minyak masak, majerin cair dan air bancuhan dalam tepung gandum.
    3. Uli sekata kemudian balut dengan plastic dan rehatkan 30 minit suhu bilik.
    4. Doh B, uli tepung beras dengan majerin dan minyak masak. Kemudian rehatkan 30 minit jugak.
    5. Keluarkan doh A dan B, uli sikit kemudian bahagi kepada 3 bahagian.
    6. Leperkan doh A sampai dapat bentuk 4 segi sama kemudian letak doh B ditengah.
    7. Lipat macam envelop kemudian rehatkan 30 minit.
    8. Leperkan doh sampai jadi 4 segi tepat (32cm x 18cm) kemudian gulung memanjang.
    9. Leperkan lagi sekali anggaran 52cm x 14 cm. Trim hujung dengan pisau, pastikan doh berbentuk 4 segi tepat.
    10. Gulung kemudian trim hujung anggaran ½ cmi kemudian bahagi kepada 8 bahagian.
    11. Doh yang kita trim tadi kita guna sebagai pelapik, ambik satu dan sapu dengan air.
    12. Letak sekeping doh (doh gulung yang dibahagi 8 tadi) kemudian leperkan (tolak dari tengah ke tepi, pastikan pusaran berada di tengah).
    13. Letak atas acuan karipap (7 cm), pastikan doh pelapi sebelah atas / sebelah dalam.
    14. Masukkan inti dan sapukan lagi air ditepi-tepi (bahagian yg akan dikelim).
    15. Tekap dan trim lebihan doh.
    16. Rehatkan sekejap karipap kemudian boleh goreng macam biasa.

Tip:

  • Masa leperkan doh pastikan tekan-tekan dulu dengan rolling pin supaya rata kemudian baru gelek, sebab kita nak elak doh B dari tersembur keluar dan nak bagi doh dalam berkembang sekata.
  • Penting untuk kita rehatkan doh selepas kita lipat doh B dalam doh B, supaya doh lebih stretch dan tak mudah pecah.
  • Masa kelim pastikan lapisan pastry (bahagian bawah) kena pada tepi acuan dan dikelim sekali, kalau tak kena nanti masa goreng lapisan pastry tu boleh terbukak.
  • Sebelum goreng pastikan minyak banyak sampai tenggelam karipap.
  • Pastikan minyak cukup panas, masa goreng guna api perlahan. Kalau tak cukup panas nanti kulit karipap boleh tertangal.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: