ResepiCheNom
Karipap Kentang Special Ramadhan

Resepi Karipap Kentang Special Ramadhan

Prep 1 jam 30 minMasak 20 minJumlah 1 jam 50 minHidangan 38 biji

Karipap kentang biasa yang rangup di luar, inti lemak berempah dan puas hati untuk berbuka. Resepi mudah tak perlu pusing, hasil lebih kurang 35-40 biji.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Kulit Karipap

  • 500g /4 cawan tepung gandum± 4 cawan± 3 ¾ cawan + 2 sudu besar(500g /4 cawan tepung gandum)
  • 2 sudu besar tepung beras2 sudu besar tepung beras16g
  • 125ml /½ cawan minyak masak125ml /½ cawan minyak masak
  • 28g /2 sudu besar majerin± 2 sudu besar± 2 sudu besar(28g /2 sudu besar majerin)
  • 250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam6g

Bahan Untuk Inti Keledek

  • 1½ cawan tepung gandum1½ cawan tepung gandum
  • 1 kilo keledek oren1 kilo keledek oren
  • 2 biji bawang merah besar2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili kering6-7 tangkai cili kering
  • 45g /½ mangkuk ikan bilis± ½ cawan± ½ cawan(45g /½ mangkuk ikan bilis)
  • ATAU 3 sudu besar udang keringATAU 3 sudu besar udang kering
  • ½ cawan minyak masak½ cawan minyak masak109g
  • Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)Serbuk perasa (jika suka)
  • Anggaran 2 sudu besar gulaAnggaran 2 sudu besar gula
  • Air secukupnyaAir secukupnya
  • 2 sudu besar rempah kari ayam atau daging2 sudu besar rempah kari ayam atau daging15g
  • Daun supDaun sup

Cara Buat Karipap Kentang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kulit Karipap

  1. 1
    Panaskan minyak bersama majerin sehingga cair lalu masukkan kedalam tepung.
  2. 2
    Gaul kesemua bahan sehingga menjadi serbuk kasar seperti serbuk roti.
  3. 3
    Larutkan garam kedalam air sejuk lalu tuang sedikit demi sedikit kedalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. 4
    Selepas doh sudah lembut, rehatkan doh dalam peti sejuk selama anggaran masa 1 jam dan tutup bekas isi doh dengan plastik.

Untuk Inti Karipap

  1. 1
    Kisar halus bawang besar.
  2. 2
    Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
  3. 3
    Panaskan minyak dan tumis bawang kisar halus sehingga kekuningan.
  4. 4
    Masukkan daun kari lalu tuang bancuhan rempah dan masak sehingga rempah pecah minyak.
  5. 5
    Selepas rempah sudah masak, masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam.
  6. 6
    Tumis daging sehingga agak masak lalu masukkan potongan dadu kentang dan gaul kesemuanya.
  7. 7
    Tuang air dan kiub ayam kedalam bahan. Teruskan masak sehingga kentang lembut dan kacau bahan.
  8. 8
    Tambah potongan dadu bawang besar, gula dan garam secukup rasa.
  9. 9
    Kemudian, masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi kering.

Untuk Bentuk Karipap Kentang

  1. 1
    Kemudian, karipap kentang siap untuk dihidang dan makan.
  2. 2
    Bahagi doh kepada saiz yang kecil dan timbang pada 25g/20g (pilihan).
  3. 3
    Bulatkan doh lalu leperkan sehingga agak nipis.
  4. 4
    Letak inti ditengah bulatan doh yang dileperkan dan lipat dua.
  5. 5
    Tekan bahagian tepi dan kelim doh karipap dengan agak kemas.
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng sehingga perang sekata. Kerap balikkan karipap ketika menggoreng lalu angkat dan toskan minyak selepas karipap kelihatan sudah masak.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
500g /4 cawan tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 4 cawan (cawan US 240ml).
2 sudu besar tepung beras bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 16g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bahan untuk rangupkan kulit karipap adalah minyak. Jadi selain minyak masak, boleh saja gunakan minyak jagung ataupun minyak canalo.
  • Selain daripada minyak, pengurangan air kedalam doh juga boleh rangupkan kulit karipap.
  • Doh tidak perlu diuli lama dan rehatkan sebentar.
Tunjuk semua petua (9)
Petua & Panduan
  • Jika tidak makan daging, boleh sahaja gantikan dengan ayam ataupun cendawan.
  • Ketika ingin bentukkan doh, tutup doh-doh yang lain dahulu dengan kain bagi menggelakkan doh menjadi kering.
  • Bagi menggelakkan kelim karipap tidak mudah terbuka, sapukan bahagian tepi doh karipap dengan sedikit air terutamanya jika menggunakan acuan karipap.
  • Penuhkan isi inti kentang dan keluarkan semua udara semasa kelim kentang.
  • Jika mahu sejuk bekukan (frozen) karipap, sejukkan karipada dalam peti sejuk beku seketika sehingga agak keras dan simpan dalam bekas kedap udara ataupun didalam plastik. Kemudian, simpan semula karipap kedalam peti sejuk beku.
  • Goreng karipap menggunakan minyak yang banyak dan api yang sederhana untuk dapatkan karipap yang lebih rangup serta masak perang sekata.
Video
Pengenalan

Hi Semua, Assalamualaikum. Awal-awal puasa ni Che Nom harap kita masih dalam mood resepi kuih muih, sebab kalau bukak puasa wajib la nak kena ada kuih kan?

Che Nom nak share resepi kuih karipap, bukan karipap pusing tapi karipap biasa, tak payah pusing-pusing. Kalau nak dibandingkan karipap pusing dengan karipap tak pusing, Che Nom lebih suka makan karipap yang biasa. Macam ada sesetengah orang lebih suka karipap pusing. Itu selera masing-masinglah kan.

Resepi karipap pusing Che Nom dah pernah share bulan puasa tahun lepas. Sesiapa nak cuba boleh tengok video yang lepas ye. Hasil anggaran 35-40 biji karipap

Diterbitkan pada 11 Ogos 20218.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru