ResepiCheNom
Karipap Kentang Ayam

Resepi Karipap Kentang Ayam

Prep 45 minMasak 30 minJumlah 1 jam 15 minHidangan 39 biji

Karipap rangup inti kentang ayam berempah, kulit anti gagal tak liat dan sedap berlemak. Buat banyak-banyak, simpan beku dan goreng bila teringin.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kulit Karipap

  • 500g /4 cwn tepung gandum± 4 cawan± 3 ¾ cawan + 2 sudu besar(500g /4 cwn tepung gandum)
  • 1/2 cwn minyak masak1/2 cwn minyak masak109g
  • 2 sb majerin2 sb majerin28g
  • 1 cwn air sejuk1 cwn air sejuk240g
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g
  • 2 sb tepung beras2 sb tepung beras16g

Bahan Untuk Inti

  • 300 isi ayam300 isi ayam
  • 6-7 biji / 1.2 kg kentang6-7 biji / 1.2 kg kentanglebih tepat dalam gram
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari
  • 4 sb serbuk kari4 sb serbuk kari30g
  • 1-2 sb serbuk cili1-2 sb serbuk cili
  • 1 sk serbuk lada hitam1 sk serbuk lada hitam2g
  • Sedikit airSedikit air
  • 1 kiub pati ayam1 kiub pati ayam
  • 1-2 sb gula1-2 sb gula
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Daun supDaun sup

Cara Buat Karipap Kentang Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Inti Karipap

  1. 1
    Tambah kiub pati ayam (pilihan) dan kentang.
  2. 2
    Cincang halus bawang putih.Potong dadu bawang besar.
  3. 3
    Daun sup basuh bersih dan potong buang akar. Kemudian hiris halus daun sup.
  4. 4
    Kentang, kupas kulit dan basuh bersih. Kemudian potong dadu.
  5. 5
    Isi ayam, buang tulang dan cincang kasar. Boleh lebihan isi ayam kalau suka, kalau nak beli isi ayam yang frozen pon boleh.
  6. 6
    Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
  7. 7
    Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai lembut dan layu.
  8. 8
    Masukkan bawang putih (masuk lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
  9. 9
    Bila bawang dah naik bau, masukkan daun kari dan kacau sebati.
  10. 10
    Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan kacau sampai kering dan pecah minyak.
  11. 11
    Tambah 1-2 kali air dan ulang masak sampai kering balik.
  12. 12
    Masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  13. 13
    Tambah sedikit air (supaya kentang cepat empuk), garam dan gula. Kacau sebati dan masak sampai kentang empuk.
  14. 14
    Bila kentang dah masak empuk, tabur daun sup dan tutup api.
  15. 15
    Sejukkan inti sebelum buat karipap.

Untuk Kulit Karipap

  1. 1
    Sukat dan masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk. Kacau sebati kesemua bahan.
  2. 2
    Cairkan majerin dan minyak masak.
  3. 3
    Tuang sedikit demi sedikit minyak dan majerin panas dalam tepung. Kacau sebati sampai dapat texture berderai macam serbuk roti (kacau dengan sudu sebab minyak masih panas).
  4. 4
    Tambah sedikit demi sedikit air sejuk dan uli sampai jadi doh.
  5. 5
    Rehatkan doh setengah jam.
  6. 6
    Bila doh dah kembang, keluarkan dan uli sikit doh.
  7. 7
    Kemudian bahagikan doh setiap satu 25g (hasil 38-40 biji karipap).
  8. 8
    Bulat dan leperkan doh.
  9. 9
    Sudukan penuh inti dan letak ditengah doh.
  10. 10
    Tekan rapat bahagian tepi doh biar ada lebihan ½ cm doh untuk kelim.
  11. 11
    Kelim kemas karipap (tolak doh dengan ibu jari dan picit biar melekat).
  12. 12
    Panaskan minyak dan goreng karipap (minyak jangan terlalu panas sangat takut dalam tak masak). Alih sekali sekala.
  13. 13
    Bila karipap dah perang, angkat dan toskan minyak.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
500g /4 cwn tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 4 cawan (cawan US 240ml).
1/2 cwn minyak masak bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 109g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk dapat karipap yang buncit kedepan, uli / leperkan doh bentuk bujur. Letak inti macam biasa dan tarik sikit hujung doh supaya karipap maintain bujur. Kelim dan siap.
  • Untuk frozenkan karipap, susun karipap (jarak-jarak) dalam loyang dan masukkan karipap dalam peti ais sampai keras kemudian keluarkan dan susun rapat-rapat dlm bekas tertutup.
Video
Pengenalan

Jom tengok Che Nom buat karipap rangup kali ni, bersama dengan inti kentang ayam. Selalu letak daging, kita buat letak ayam lah pula.Mula-mula kita masak inti kentang dengan serbuk kari dan isi ayam cincang. Kemudian sediakan pula doh untuk kulit karipap yang pasti anti gagal hasil nya nanti.

Karipap ni memang Che Nom selalu sediakan kat rumah, dan kemudian bekukan. Bila nak makan tinggal goreng aja. Buat sendiri sangat puas hati sebab boleh letak inti banyak-banyak.

Hasilnya karipap inti kenyang ayam rangup, tak liat dan berlemak cukup sedap terutama sekali kalau makan panas-panas, kalau pekena dengan kopi O memang terbaik lah. Ramai yang dah cuba resepi karipap ni dan bagi maklumbalas yang baik di Youtube, Kalau nak panduan yang lebih terperinci, boleh tengok video Youtube link ni ok!, Insyallah menjadi dan sedap.

Diterbitkan pada 14 November 2022132.7K paparan
Rating & Gambar Anda
Versi Premium
Rasai pengalaman memasak yang lebih terperinci, dengan pecahan bahan dan langkah lebih menyeluruh, teknik dan tip tambahan untuk hasil lebih sempurna. Dapatkan versi premium ini sebagai ahli berbayar.
Resepi Karipap Pusing Rangup Edisi Premium
Premium
Resepi Karipap Pusing Rangup Edisi Premium

Hanya ahli berbayar boleh akses versi premium ini.

Langgani

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru