Resepi Kangkung Goreng Belacan
Kangkung Goreng Belacan ni mudah je tapi sedap padu, kuah pekat pedas hasil kisar cili, ikan bilis dan bawang. Memang lauk sayur kegemaran Che Nom, cuba sekali mesti nak lagi.

Bahan-bahan
Cara Buat Kangkung Goreng Belacan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
- 2Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.
- 4Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula dan pes tepung jagung.
- 5Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak. Angkat dan hidangkan
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 140 kcal
- Protein
- 5.5 g
- Karbohidrat
- 5.5 g
- Lemak
- 11 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 900 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 1 ikat kangkung (±250 g) dikira lauk untuk 4 orang.
- 'Sedikit ikan bilis' dianggar 20 g kering dan 'sedikit kicap' 1 sudu besar.
- Garam 'secukup rasa' dianggar 1/2 sudu kecil; belacan dan ikan bilis menyumbang baki natrium.
- 3 sudu besar minyak dikira kekal dalam masakan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Masakan sayur kangkung harus dimasak dengan pantas. Pastikan bahan-bahan semua sudah tersedia sebelum anda mula memasak. Jika terlebih masak, sayur akan lembik dan tak sedap lagi.
Pengenalan
Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan, mudah dan sangat sedap. Che Nom memang penggemar sayur kangkung dan masakan ni memang selalu sangat disediakan di rumah.
Kangkung bukanlah sayur yang mahal tetapi jika kena cara masakannya memang ramai yang suka. Gabungan pedas cili, ikan bilis dan bawang yang dikisar ditambah sedikit tepung jagung menghasilkan kuah yang pekat dan sedap.
Rakan sebilik masa belajar dulu yang tunjukkan resepi ni. Sila lah cuba ye
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









