Resepi Epok-Epok Atau Karipap Sayur
Resepi Karipap Sayur dengan inti sayur yang mudah disediakan. Kulit karipapnya rangup dan gebu. Sedap dihidangkan bersama sos cili.

Bahan-bahan
Cara Buat Epok-Epok Sayur
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 18 biji
- Kalori
- 270 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 28 g
- Lemak
- 16 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 380 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Termasuk sos cili cicah (1/2 cawan sos cili Thai) dibahagi 18.
- Minyak goreng dalam dikira 10% daripada ~1.2 kg epok-epok.
- Kubis 1/4 biji ~250 g, sengkuang 1/2 biji ~200 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sb udang kering bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
- 1 sk gula bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 4g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sayur Che Nom hiris sederhana nipis sebab nak ada texture lagi lepas masak, kalau halus sangat lebur pulak kan.
- Boleh ganti udang kering dengan udang segar, isi ayam atau kiub ikan bilis. Kalau vegetarian boleh letak tauhu goreng.
- Masukkan air sejuk sikit-sikit dalam doh, jangan tuang air sekali gus nanti jadi adunan lempeng pulak.
- Masa kelim karipap, pastikan udara dalam karipap dikeluarkan baru goreng.
- Kalau suka karipap yang berjerawat, boleh goreng dalam minyak panas. Kalau suka kulit yang lincin, goreng dalam minyak suam-suam.
- Minyak kena tenggelam baru cantik hasil gorengan tu.
- Boleh frozenkan, caranya goreng separuh masak kemudian frozenkan atau pun jangan goreng lagi, susun jarak-jarak dan bekukan lepas tu baru susun dalam bekas.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi karipap yang berintikan sayur atau biasanya dipanggil epok-epok sayur. Epok-epok dengan karipap tu sama je sebenarnya kan. Biasa kita buat karipap buat inti kentang je. Kali ni tukar letak sayur, boleh campur macam-macam jenis sayur yang kita suka.
Caranya sayur dimasak sekejap aje dengan bahan-bahan penambah rasa. Kulitnya pulak guna bahan-bahan biasa aja tapi hasil nya tu cukup rangup, gebu, tak liat dah sejuk pon masih lagi rangup.
Nak buat pun mudah je, boleh simpan frozen. Kebiasaannya epok-epok sayur ni dihidangkan bersama kuah sos cili, itu yang special. Kalau buat minum petang time cuti-cuti sekolah ni, seronok juga makan dgn anak-anak.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









