
Resepi Donut Gebu Dan Lembut
Masak 15 minHidangan 12 biji
Donut kentang ni memang gebu, lembut dan tahan lama, sesuai buat minum petang sekeluarga. Boleh simpan lama atau frozen, bila nak makan goreng je.
Bahan-bahan
Sukatan
Bahan Utama
- 1½ sudu besar gula kastor
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 biji kentang (anggaran 100g)
- 2 cawan /250g tepung gandum atau tepung roti
- ½ sudu kecil garam
- 1½ yis segera
- 1½ sudu besar majerin
- 1 biji telur
- 80ml air sejuk dari peti ais (masuk sikit demi sedikit)
- minyak masak
- gula kastor
Cara Buat Donut
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong dua kentang dan rebus dengan air sampai empuk. Kemudian toskan biar tersejat air dan sejuk.
- 2Kupas kulit kentang dan lenyek sehingga halus sekata dgn garfu.
- 3Masukan tepung gandum ataupun tepung roti.
- 4Tambah susu tepung, gula putih, garam, yis, dan magerin.
- 5Kacau hancur telur dan tuang masuk dlm adunan.
- 6Masukan air sejuk dari peti ais, tambah sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
- 7Masukan kentang lenyek dalam adunan tadi dan uli sampailah doh tak melekat dan elastic.
- 8Sapu sedikit minyak dalam bekas adunan kemudian letak doh dan tutup dengan plastic clingwrap, perap smpailah doh naik dua kali ganda.
- 9Bulatkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian. Satu ketul anggaran 35g hingga 40g dan biar doh naik kembang sikit, dalam anggaran 10-15 minit.
- 10Celup jari dengan tepung dan buat lubang di tengah
- 11Panaskan minyak dan goreng donut sehingga bahagian bawah keperangan.
- 12Angkat dan salut dgn gula.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sudu besar susu tepung bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 16g (cawan US 240ml).
- 2 cawan /250g tepung gandum atau tepung roti bersamaan berapa cawan?
- ± 2 cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Donut yang lembut dan gebu, menggunakan kentang sebagai bahan pelembut semulajadi.
Che Nom suka nak kongsi cara-cara penyediaan dengan anda semua sebab donut kentang ni memag favourite Che Nom dan selalu sediakannya untuk keluarga. Lembutnya tahan lama walaupun disimpan, dan boleh difrozenkan.
Diterbitkan pada 6 April 202011.7K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026








