
Cucur Udang Bulat
Kali ni jom tengok Che Nom masak cucur udang versi rangup di luar dan lembut di dalam, dihidangkan bersama dgn kuah kacang yang simple aja nak buatnya.
Mula-mula Che Nom tunjuk cara untuk bancuh adunan cucur udang dengan beberapa bahan asas untuk nak dapatkan bentuk yang bulat rangup bila digoreng nanti. Kemudian sambil perap adunan, kita tengok pula cara untuk buat kuah kacang yang pekat dan tak terlalu heavy kuahnya ngam sangat kalau kita nak cicah makan dengan cucur udang. Kuah kena tu masak betul-betul baru sedap.
Hidang pulak dengan tauhu goreng, timun, telur rebu ha memang terbaik. Kalau hidang untuk tetamu datang rumah pun sesuai sangat ni, sebab lembut cucur nya tu tahan lama.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 - 2 1/2 cwn air
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 2 sk yis kering
- 1/2 sb gula
- 1 sk serbuk kunyit
- 1-2 sk garam
- 1/2 sb serbuk seasoning
- 1/2 biji bawang besar
- 1/2 sk serbuk penaik
- 1 ikat daun kucai
- 1 mangkuk besar taugeh
- Udang
- Telur rebus
- 1/2 cwn minyak masak
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 4 sb cili kisar
- 1 1/2 cwn kacang tanah
- Air rebusan kulit udang
- ATAU Air biasa
- 4 ekor isi udang (cincang)
- 1 ketul kecil gula melaka
- 2 sb kicap pekat manis
- Garam secukup rasa
- 2 ketul tauhu
- Timun
- 1Carik daun kucai dan potong pendek.
- 2Potong dadu bawang besar.
- 3Udang bahagi 2, satu trim kepala sahaja, satu lagi trim kepala dan kupas kulit.
- 4Bancuh tepung gandum, yis kering, gula pasir, serbuk kunyit, garam (jangan bagi kena direct dengan yis), serbuk penaik, serbuk seasoning dan air.
- 5Masukkan bawang merah, daun kucai dan taugeh.
- 6Tutup dengan kain dan rehatkan adunan sampai naik kembang anggaran 30 minit.
- 7Panaskan minyak dan rendam senduk dalam minyak sampai panas.
- 8Isi adunan cucur udang dalam senduk separuh penuh, letak udang (tiada kulit) tengah-tengah kemudian isi adunan cucur sampai penuh. Akhir sekali letak udang (yang berkulit) sebagai hiasan..
- 9Terus goreng sampai perang dan garing.
- 1Cincang halus bawang merah kecil, bawang putih, dan halia.
- 2Panaskan minyak dan goreng kacang tanah. Bila dah perang boleh angkat kacang dan kisar kasar.
- 3Gaul tauhu dengan kunyit dan garam kemudian goreng sampai garing. Bila dan garing boleh angkat dan ketepikan.
- 4Tumis bawang dan halia cincang sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sampai garing.
- 5Masukkan kacang tanah kisar dan air rebusan kulit udang. Masak sampai pecah minyak.
- 6Masukkan udang cincang (atau udang kering tumbuk), gula melaka, kicap manis, air untuk kuah dan garam secukup rasa.
- 7Boleh hidang cucur bersama tauhu goreng, timun, telur rebus dan kuah kacang.
- •Masa bancuh adunan cucur udang, masukkan air sedikit demi sedikit sebab ada jenis tepung yang pakai air banyak ada yang pakai air sikit. Che Nom pakai 2 cwn air dah pekat elok.
- •Untuk air rebusan kulit udang, Che Nom rebus dan kisar kulit, dan ambik air rebusan tu. Perisa asli.
- •Pastikan senduk betul-betul panas baru letak adunan cucur udang. Kalau tak panas nanti cucur akan melekat dekat senduk.
- •Masa angkat cucur, api jangan perlahan sangat nanti cucur akan serap minyak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!
Diterbitkan pada 29 Disember 2025

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Diterbitkan pada 14 Mei 2025

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.
Diterbitkan pada 14 Mei 2025

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.
Diterbitkan pada 14 Mac 2025

Kerepek Gunting Pedas
Resepi Kerepek Gunting yang rangup, pedas dan berempah, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun bahan-bahannya mudah didapati, cara penyediaannya agak rumit dan perlu diberi perhatian.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Cucur Ikan Bilis Bulat
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.