
Cucur Ikan Bilis
Dah lama rasanya tak share resepi cucur. Sebab Che Nom ni bukannya pandai sangat buat cucur goreng. Kebetulan resepi ni dikongsi oleh ibu saudara Che Nom iaitu Umi Jun. Ada tips special untuk hasilkan cucur bilis yang sedap. Bila cuba, hasilnya memang garing di luar, lembut di dalam dan memang sedap cucur ikan bilis ni.
Che Nom pula memang suka kalau cucur goreng yang ada banyak bahan-bahan macam sayur, jadi bila kita makan tu meriah rasa dia dan tekstur pun jadi tak terlalu padat. Cara kita menggoreng tu pun boleh mempengaruhi hasil kerangupan cucur ikan bilis ni, boleh tengok dalam video ni ye.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 batang jagung
- 2 tangkai cili merah
- 1/2 - 1 biji bawang besar
- 1 batang kecil lobak merah
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 ikat daun kuchai
- 3 cawan air panas (boleh kurangkan kepada 2 cawan)
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit gula
- 1/2 kiub pati ikan bilis (opsyenal)
- 1Cili merah buang biji dan cincang halus.
- 2Ikan bilis basuh dan toskan kemudian cincang halus.
- 3Bawang holland potong dadu.
- 4Carrot buang kulit dan parut halus.
- 5Potong daun kuchai (boleh ganti daun bawang) dalam 1-2 cm.
- 6Potong keluar isi jagung.
- 1Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung jagung, tepung beras, garam, gula, bawang holland, carrot, ikan bilis, daun kuchai, cili merah dan pati ikan bilis (pilihan).
- 2Masukkan air panas dan gaul sebati. Kemudian rehatkan 10-15 minit.
- 1Panaskan minyak dan goreng adunan. Che Nom sudukan sudu besar adunan dan tolak dengan satu sudu lagi (kalau nak jemput dengan hujung jari pon boleh).
- 2Kerap kacau sebelum angkat.
- 3Angkat dan toskan minyak.
- 4Hidang dengan sos atau kuah kacang.
- •Jangan goreng atau letak banyak sangat pada satu-satu masa takut suhu minyak turun.
- •Bila separuh masak, kuatkan sikit api dan kerap kacau, nanti cucur akan rangup di luar dan lembut di luar, minyak pun kurang meresap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kuih Peneram Rangup Luar Lembut Dalam
Kali ni Che Nom buat kuih yang biasa kita panggil Peneram atau kuih denderam. Kalau pergi pasar malam memang Che Nom mes...
Diterbitkan pada 6 September 2022

Cekodok Pisang Gebu Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Siapa yang teringin nak belajar buat cekodok pisang tapi takut tak jadi? Atau dah pernah cuba, tapi tak jadi bulat, tak ...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Cucur Kentang Rangup
Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.
Diterbitkan pada 25 Januari 2024

Cucur roti
Cucur roti dengan sos pencicah bawang putih memang layan sangat, nak-nak pulak kalau waktu petang atau time hujan. Kalau ada roti nak expired tu bolehlah cuba.
Diterbitkan pada 28 Julai 2024

Seri muka versi niaga
Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga atau tempahan iaitu kuih seri muka. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata dan rasa pon sedap.
Diterbitkan pada 22 Ogos 2024

Kuih Cara Manis
Kuih cara manis, kuih kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kuih Cara ni ada 2 versi, satu manis dan satu lagi cara berlauk...
Diterbitkan pada 13 April 2021
Resepi Terbaru

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...