ResepiCheNom
Cucur Ikan Bilis

Resepi Cucur Ikan Bilis

Prep 40 minMasak 20 minJumlah 1 jamHidangan 30 biji

Resepi cucur ikan bilis dari Umi Jun ni memang jadi garing di luar, lembut di dalam. Letak sayur bagi lagi meriah, ikut tips goreng ni insyaAllah rangup sedap.

Bahan-bahan

Bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras2 sudu besar tepung beras
  • 1 batang jagung1 batang jagung
  • 2 tangkai cili merah2 tangkai cili merah
  • 1/2 - 1 biji bawang besar1/2 - 1 biji bawang besar
  • 1 batang kecil lobak merah1 batang kecil lobak merah
  • 1 mangkuk ikan bilis1 mangkuk ikan bilis
  • 1 ikat daun kuchai1 ikat daun kuchai
  • 3 cawan air panas (boleh kurangkan kepada 2 cawan)3 cawan air panas (boleh kurangkan kepada 2 cawan)
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam
  • Sedikit gulaSedikit gula
  • 1/2 kiub pati ikan bilis (opsyenal)1/2 kiub pati ikan bilis (opsyenal)

Cara Buat Cucur Ikan Bilis

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan

  1. 1
    Cili merah buang biji dan cincang halus.
  2. 2
    Ikan bilis basuh dan toskan kemudian cincang halus.
  3. 3
    Bawang holland potong dadu.
  4. 4
    Carrot buang kulit dan parut halus.
  5. 5
    Potong daun kuchai (boleh ganti daun bawang) dalam 1-2 cm.
  6. 6
    Potong keluar isi jagung.

Untuk Mengadun

  1. 1
    Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung jagung, tepung beras, garam, gula, bawang holland, carrot, ikan bilis, daun kuchai, cili merah dan pati ikan bilis (pilihan).
  2. 2
    Masukkan air panas dan gaul sebati. Kemudian rehatkan 10-15 minit.

Untuk Masak

  1. 1
    Panaskan minyak dan goreng adunan. Che Nom sudukan sudu besar adunan dan tolak dengan satu sudu lagi (kalau nak jemput dengan hujung jari pon boleh).
  2. 2
    Kerap kacau sebelum angkat.
  3. 3
    Angkat dan toskan minyak.
  4. 4
    Hidang dengan sos atau kuah kacang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan goreng atau letak banyak sangat pada satu-satu masa takut suhu minyak turun.
  • Bila separuh masak, kuatkan sikit api dan kerap kacau, nanti cucur akan rangup di luar dan lembut di luar, minyak pun kurang meresap.
Video
Pengenalan

Dah lama rasanya tak share resepi cucur. Sebab Che Nom ni bukannya pandai sangat buat cucur goreng. Kebetulan resepi ni dikongsi oleh ibu saudara Che Nom iaitu Umi Jun. Ada tips special untuk hasilkan cucur bilis yang sedap. Bila cuba, hasilnya memang garing di luar, lembut di dalam dan memang sedap cucur ikan bilis ni.

Che Nom pula memang suka kalau cucur goreng yang ada banyak bahan-bahan macam sayur, jadi bila kita makan tu meriah rasa dia dan tekstur pun jadi tak terlalu padat. Cara kita menggoreng tu pun boleh mempengaruhi hasil kerangupan cucur ikan bilis ni, boleh tengok dalam video ni ye.

Diterbitkan pada 3 April 202273.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru