
Chocolate Vanilla Viennese Cookies
Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies yang mempunyai dua perisa di dalam satu biskut iaitu coklat dan vanila. Viennese cookies adalah berasal dari eropah dan mempunyai tekstur yang ringan dan bermentega. Resepi biskut ni amat mudah, tetapi kesedapan biskut sangat bergantung kepada kualiti butter (mentega) yang digunakan. Doh pula haruslah lembut supaya senang di paipkan ke atas loyang. Selalunya biskut menggunakan gula kasor, tetapi untuk biskut yang dipaip sebegini, gula ising digunakan supaya doh licin, lembut dan menghasilkan biskut yang gebu.Kemahiran piping tidak perlu terlalu tinggi, sebab lepas bakar biskut ni pasti cantik. Sangat sesuai dihidangkan di hari raya buat tetamu istimewa anda :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 175g (3/4 cawan) unsalted butter
- 40g (3 sudu besar) gula ising
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
- 40g (3 sudu besar) tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1Panaskan oven kepada suhu 170°C.
- 2Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
- 3Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
- 4Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
- 5Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
- 6Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
- 7Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
- 8Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Muruku Rangup Krup Krap
Bersempena Deepavali, Che Nom kongsi resepi muruku yang super rangup, sedap, dan mudah dibuat jika ikut teknik yang betul.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025

Soft Chocolate Chip Cookies
Soft Chocolate Chip Cookies sedap sangat kalau buat snek malam-malam, makan pulak masa fresh keluar dari oven lepastu cicah susu sejuk memang syahdu.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Tart Nenas Cheese Bar
Tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient.
Diterbitkan pada 15 Mei 2024

Rempeyek Kacang
Cara membuat Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis yang rangup dan sedap, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun nampak mudah, ia memerlukan sedikit kesabaran untuk menggoreng sehingga habis. Rempeyek yang sedap mempunyai ciri-ciri tidak terlalu tebal, cukup rasa masin dan lemak, serta topping yang banyak.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Biskut Double Chocolate Chips
Biskut Double Chocolate Chips yang rangup, penuh rasa coklat dan berlemak. Resepi mudah ini sesuai dibuat bersama anak-anak kerana tidak memerlukan acuan.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Biskut Kacang Mazola
Jom buat Biskut Mazola klasik yang mudah, sedap dengan rasa lemak masin dan manis secukupnya, sesuai juga untuk berniaga.
Diterbitkan pada 24 Mei 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.