
Cekodok Pisang Gebu Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Siapa yang teringin nak belajar buat cekodok pisang tapi takut tak jadi? Atau dah pernah cuba, tapi tak jadi bulat, tak rangup lak tu. Jom tengok Che Nom share resepi cekodok pisang gerenti bulat dan gerenti rangup. Sesuai sangat untuk beginner. Sebelum ni Che Nom dah pernah share cara tradisi mak Che Nom yang tak guna serbuk penaik atau soda. Memang sedap cara tu tapi agak mencabar nak buatnya, cara orang lama kan kena banyak praktis.
Rasa kali ni lebih mudah nak jadi. Dari segi rasa, ada sikit perbezaan tapi kedua-dua menjadi sedap hasilnya. Yang penting kita kena guna pisang yang masak ranum, dan follow tips Che Nom dalam resepi ni untuk hasil cekodok pisang yang mantap.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 8-10 biji pisang ranum (pisang emas)
- 4-5 sb gula
- 1/2 sk garam
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk baking soda
- 1/2 cwn tepung beras
- 1 1/2 cwn tepung gandum (tambah atau kurangkan juka perlu)
- 1Lenyek pisang dengan gula dan garam sampai hancur.
- 2Masukkan baking powder, baking soda, tepung beras dan tepung gandum.
- 3Kacau sampai sebati.
- 4Tutup dan rehatkan ½ jam.
- 5Panaskan minyak.
- 6Jemput dan goreng cekodok.
- 7Bila dah perang, boleh tolak cekodok yang melekat pada dasar kuali supaya timbul.
- 8Kerap balik-balikkan supaya masak dan perang sekata.
- 9Angkat dan toskan minyak.
- •Kalau adunan lembik (bila test drop, adunan jadi cepat rata) tambah sikit lagi tepung gandum, berapa banyak tepung tu ikut jenis pisang yang kita guna, kalau pisang tu ranum, adunan lebih lembut dan berair.
- •Sebelum mula goreng celup jari dalam air, supaya mudah untuk jemput adunan.
- •Minyak kena banyak, biar tenggelam cekodok.
- •Masa jatuhkan adunan, tegakkan jari 90 darjah, baru cekodok berbentuk bulat elok.
- •Nak test goreng sebiji dulu pon boleh, kita boleh tau adunan tu cair atau keras sangat. Kalau keras tambah pisang, kalau lembik tambah tepung.
- •Masa mula-mula goreng jangan penuh kuali sangat, nanti suhu minyak jatuh, cekodok jadi terpenyek dan tak jadi bulat cantik.
- •Api jangan besar sangat, kalau tak cekodok cepat perang, tak garing dan dalam kurang masak.
- •Masa angkat kuatkan api untuk elak cekodok serap minyak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
undefined...
Diterbitkan pada 24 Oktober 2022

Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap
undefined...
Diterbitkan pada 22 Februari 2020

Popia Goreng Bersira Pedas
undefined...
Diterbitkan pada 12 Mei 2019

Lepat Pisang Istimewa
undefined...
Diterbitkan pada 4 Januari 2016
Kuih Lapis
undefined...
Diterbitkan pada 19 Jun 2014
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.