Resepi Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur
Cucur udang rangup garing luar lembut dalam, rahsia guna ais je tanpa air kapur atau serbuk penaik. Siap sekali kuah kacang sempoi ala utara, memang padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Cucur Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 20 biji
- Kalori
- 240 kcal
- Protein
- 7 g
- Karbohidrat
- 23.5 g
- Lemak
- 13 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 320 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Termasuk kuah kacang, timun dan telur rebus yang dihidang bersama.
- Minyak menggoreng dikira 12% serapan; 2 sudu besar minyak menumis kuah dianggarkan kerana tidak disenaraikan.
- Adunan 4 cawan tepung menghasilkan lebih kurang 20 keping cucur.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau guna garam kasar, boleh bancuh dulu dengan air, nanti makan takut tergigit garam pulak.
- Lebih senang goreng cucur udang dengan senduk yang bulat dari sudip yang leper.
- Boleh ganti gula nisan dengan gula melaka, gula merah atau gula putih, tapi gula putih lebih manis jangan letak banyak sangat.
Video
Pengenalan
Jom tengok Che Nom masak cucur udang kali ni yang cukup rangup dan cukup sedap. Sebelum ni Che Nom pernah kongsi resepi cucur udang yang menggunakan nasi sejuk untuk rangup dan lembutkan cucur.
Ada satu lagi cara untuk rangupkan cucur udang, iaitu dengan hanya menggunakan ais ketul atau ais atau air batu. Itu sahaja, tak ada guna serbuk penaik, tak ada guna air kapur jadi lebih mudah. Selepas itu adunan perlu diperapkan seketika untuk reaksi tepung dan air, dan juga untuk aktifkan natural yeast sebelum menggoreng.
Untuk udang pula Che Nom guna udang sayur, udang kecil tapi manis rasa isi nya. Kalau style utara wajib hidang dengan kuah kacang. Cara untuk buat kuah kacang sempoi pun ada dalam resepi ni. Memang cukup lengkap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









