Carian Resepi
Carian Live
Menunjukkan 10 resepi daripada 841 total
Spaghetti Goreng Sosej menu simple dengan bahan-bahan yang biasa ada di rumah. Sesuai untuk hari yang sibuk. Kalau biasa masak mee atau bihun goreng, sesekali tukar spaghetti pulak.
Sambal yang simple tapi menambah-nambah. Bahan utama ikan bilis, cili padi dan bawang putih yang digoreng dan kemudian diketuk kasar. Sapa yang belum cuba jomlah try buat.
Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan lembut. Dihias pulak dengan toping lemak berkrim dan sirap gula melaka yang manis dan berlemak wangi. Sesuai dimakan sejuk-sejuk sambil minum kopi.
Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga atau tempahan iaitu kuih seri muka. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata dan rasa pon sedap.
Sambal tumis nasi lemak versi niaga untuk kuantiti satu kuali besar, resepi ni ditunjuk cara masak dengan nisbah campuran cili yang sesuai untuk semua golongan, tak pedas sangat dan sedang elok rasanya.
Sardin gulung style makcik kantin dulu-dulu idea terbaik kalau ada roti keping yang nak dihabiskan dan takut expired. Memang layan buat minum petang atau sarapan.
Hidangan kegilaan rakyat Malaysia iaitu set ayam gepuk yang dipadankan dengan sambal gajus yang pedas dan berlemak. Selalu beli dekat kedai je kan, lepas ni boleh try masak sendiri.
Mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Menu ni cukup seimbang dengan sumber protein, karbohidrat dan fiber. Sesuai dimakan panas-panas dengan perahan limau nipis.
Sandwich telur versi scrambled eggs yang sangat senang dan cepat disediakan. Dipadankan hirisan salad dan tomato, sangat sesuai untuk dibawa ke picnic atau dibuat berniaga.
Char Kuey Teow Chinese style versi halal sangat special sebab kita masak dengan minyak udang, pes sambal yang pedas dan bancuhan kicap untuk sempurnakan rasa. Banyak tips yang Che Nom share jadi jangan lupa cuba dirumah.